NGOK NGEK PERGILAH MAIN JAUH-JAUH…TUN M TETAP MAHU ANWAR, BUKANNYA AZMIN

PKR new President Datuk Seri Anwar Ibrahim and his deputy Datuk Seri Azmin Ali rasing their hands at the 13th party National Congress at IDCC in Shah Alam. AZHAR MAHFOF/The Star(18/11/2018)

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan yang disandangnya sekarang kepada Anwar Ibrahim.

Dalam waktu yang sama, beliau juga menegaskan tentang komitmennya untuk berhenti sebelum PRU15 akan datang.

Kata-kata Tun Mahathir ini tidaklah ada apa-apa yang pelik sebenarnya kerana ia sudah pun kerap diulang-ulangnya sebelum ini.

Cuma, kali ini beliau secara spesifik menyebut penggantinya tetap Anwar dan bukan Azmin Ali.

Maka, dengan penegasan ini, baik Azmin mahupun para penyokongnya, berhentilah berangan-angan atau terlebih perasan untuk memintas jawatan Perdana Menteri mendahului Anwar.

Ia adalah sesuatu yang hampir-hampir mustahil pada hakikatnya, bukan saja kerana adanya janji penyerahan kuasa yang sudah lama dipersetujui yang kuasa mutlaknya terletak pada Majlis Presiden PH, tetapi juga disebabkan kes “video Haziq” yang masih membelenggu Timbalan Presiden PKR itu.

Kenyataan terbaruTun Mahathir ini dengan sendirinya selaras dengan apa yang Anwar sebut dua hari lalu bahawa satu dua orang yang selalu ngok-ngek dalam parti mempertikaikannya sudah tidak relevan lagi sekarang ini.

Yang nyata, di sebalik kegemaran mereka suka mempertikaikan Anwar, berdasarkan sambutan di negeri-negeri dalam konvensyen parti yang dihadirinya, Anwar tidak dinafikan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada ahli-ahli PKR sendiri.

Lalu, bagaimanakah mahu dinafikan kedudukan Anwar sebagai bakal PM8 untuk menggantikan Tun Mahathir?

Sebaliknya, dengan hakikat yang ada di depan mata beserta penegasan Tun Mahathir sendiri bahawa penggantinya tetap Anwar dan bukan Azmin, baik Menteri Hal Ehwal Ekonomi atau para penyokongnya, “pergilah main jauh-jauh” untuk terus bermimpi dan berangan-angan bagi mengejar kerusi Perdana Menteri.

Anda semua sudah tidak relevan lagi sekarang ini.

– https://shahbudindotcom.net/

.