“YANG SALAH PEMIMPIN MELAYU DAN MAHATHIR PERLU BERHENTI SEGERA”

Kongres Maruah Melayu telah berakhir dan natijahnya pada saya jelas yakni menutup kegagalan pemimpin hari ini dengan menyalahkan orang Melayu.

2. Saya ulangi keyakinan saya sebelum kongres bahawa kongres ini hanyalah manifestasi kegagalan Mahathir dan pemimpin2 Melayu.

3. Negara pernah melahir dan menyaksikan pemimpin2 Melayu yang berjaya. Pemimpin2 itu adalah mereka yang selamatkan negara dari penjajah. Mereka juga berjaya membina Malaysia sejak Merdeka. Memimpin bangsa lain dengan kontrak sosial yg adil.

4. Mereka juga berjaya menangani cabaran Melayu pada masa itu, hak agama, bangsa, bahasa kesemuanya diperjuangkan dan berjaya diterima dalam perlembagaan negara.

5. Mereka pemimpin Melayu yang berjaya kerana menangani cabaran zaman itu dengan tepat dan tuntas. Mereka berjaya lakukan kerana mereka benar2 jujur dan ikhlas berjuang demi agama,bangsa dan negara.

6. Pemimpin Melayu hari ini gagal. Masih bicara soal perlembagaan dll yang telah pun dibereskan oleh pemimpin dahulu. Cabaran zaman ini tentulah berbeza. Cabarannya ialah ekonomi, cabaran harta, agihan harta yang adil, cabaran tidak mencuri harta negara.

7. Pemimpin Melayu hari ini tidak bicara perkara2 ini walaupun inilah cabaran zaman ini kerana mereka telah gagal. Merekalah yang paling banyak menyamun harta negara. Anak pinak, menantu merekalah yang paling kaya raya melahap harta negara.

8. Dan paling menjijikkan ialah mereka menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak bersalah. Mereka tidak pernah khianat kepada negara. Mereka tidak curi harta negara. Yang bersalah adalah pemimpin Melayu.

9. Cukuplah menzalimi bangsa sendiri. Dan juga bangsa lain. Menyalahkan bangsa sendiri dan memomokkan bangsa lain untuk menutup kegagalan sendiri. Apakah ada perkara yang lebih menjijikkan daripada ini?

10. Maka saya gesa sekali lagi agar Tun Mahathir yang Allah beri paling lama amanah kuasa dalam tempoh kepimpinan Melayu yang gagal ini agar melakukan perkara yang betul iaitu BERHENTI SEGERA.

11. Bangsa dan negara memerlukan pasukan baru kepimpinan Melayu yang sedia menghadapi cabaran zaman ini. Kepimpinan Melayu skrg termasuk Tun M tidak bersedia menghadapi cabaran zaman ini kerana mereka telah gagal. Kuasa yang diberi Allah mereka hanya kayakan anak menantu bini kroni mereka sahaja. Bangsa sendiri makin melarat, susah, merempat.

12. Makanya mereka terus melolong dan memekik cabaran zaman lampau dan memomokkan bangsa sendiri dan bangsa lain.

13. Tun Mahathir dan pemimpin seangkatannya, terimalah hakikat kamu telah gagal. Cukuplah dan berhentilah.

Mohamad Ezam Mohd Nor

6 Okt 2019, 7 Safar 1441H.

Kongsikan artikel ini

– https://shahbudindotcom.net

.