KONGRES POLITIK DAN CARI MAKAN?

Banyak pihak, sama ada yang hadir sendiri atau tidak, rata-rata menyifatkan Kongres Maruah Melayu semalam sebagai sesuatu yang gagal dan tidak mengubah apa-apa mengenai kedudukan orang Melayu.

Sebaliknya, kongres tersebut lebih dilihat bermotif politik dan cari makan semata-mata dengan mempergunakan orang Melayu sebagai alatnya.

Walaupun sebelum ini dikatakan kongres itu adalah anjuran empat buah universiti bersama NGO dan ada pembentangan beberapa kluster, tapi hakikat betapa motif politik adalah tujuan sebenarnya tidak dapat disangkal sama sekali.

Lihatkah siapa yang berpegangan tangan di penghujung kongres bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad?

Jika ia anjuran universiti dan NGO, apa perlunya pemimpin politik seperti Hadi Awang, Annuar Musa, Azmin Ali dan lain-lain berada di atas pentas berpegangn tangan bersama Tun Mahathir?

Mana orang-orang kuat empat universiti terbabit?

Bukankah ia semata-mata untuk menunjukkan seolah-olah kononnya UMNO dan Pas telah menyokong Tun Mahathir?

Disebabkah motif politik itulah juga yang menjadi sebab mengapa Anwar Ibrahim tidak dijemput ke kongres tersebut, sebaliknya Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR boleh pula hadir serta berpegangan tangan bersama Tun Mahathir, Hadi dan Annuar.

Nyata sekali motifnya ialah untuk menggambarkan Anwar tidak disokong dan cuba dinafikan sebagai bakal Perdana Menteri ke-8, meskipun perjuangan Presiden PKR itu berkaitan Melayu dan kemiskinan telah bermula sejak tahun 70-an lagi.

Soalnya, di manakah maruah sebagai seorang manusia, tidak kira siapa juga, jika janji yang sudah dipersetujui kepada Anwar pun sentiasa dicari helah untuk dimungkiri?

Habis, apakah kejayaan kongres tersebut?

Kalau ada pun kejayaan, ia hanyalah berjayanya beberapa kerat individu yang menjadi penganjur menjadikan kongres itu sebagai laluan “cari makan”, menagih jawatan, kedudukan, sambungan kontrak perjawatan dan sebagainya yang bersifat peribadi semata-mata.

Seperti mana kita tahu, mula-mulanya penganjuran kongres itu dipengerusikan oleh Mustapa Mohamad, Ahli Parlimen Jeli sebelum kemudiannya diambil alih oleh Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Larut.

Kedua-dua bekas menteri itu adalah antara pemimpin UMNO yang bertindak melompat parti menyertai Bersatu sebaik saja BN hilang kuasa dalam PRU14 lalu.

Tidak mustahil selepas ini mereka akan beroleh jawatan dan kedudukan dalam kerajaan kerana dilihat telah berjaya menggambarkan Tun Mahathir disokong sebagai Perdana Menteri oleh dua parti terbesar iaitu UMNO dan Pas.

Sekali lagi, bermaruahkah jika yang melompat parti dan tidak setia kepada perjuangan cuba dihargai seolah-olah telah berjasa besar kepada negara?

Turut dipercayai akan mendapat nikmat ialah beberapa nama daripada pihak penganjur dalam bentuk penyambungan kontrak perjawatan dan sebagainya.

– https://shahbudindotcom.net/

.