ANWAR TIDAK SETUJU TUDUH PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ

PERAK 04-12-2019.PKR President Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his speech at the Perak PKR Convention held at the Dewan Jubli in Kuala Kangsar.MALAY MAIL/Farhan Najib

PRESIDEN Keadilan Anwar Ibrahim tidak setuju dakwaan ada pegawai awam yang sabotaj kerajaan.

Katanya persepsi itu mungkin timbul bila mana ada segelintir pegawai kerajaan yang gagal menunjukkan kebersamaan mereka dengan kerajaan, atau berlaku kekeliruan tetapi ia tidak menggambarkan tuduhan itu ianya berlaku secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pandangan seorang tetamu di majlis di rumahnya malam Ahmad lalu yang melahirkan kebimbangan kepada tanggapan buruk terhadap pegawai kerajaan dan meminta Anwar mengatasinya.

Tetamu itu membangkitkan kebimbangan itu apabila membaca runggutan dan kekesalan daripada bekas pegawai PTD dalam grup WhatsApp disertainya yang menimbulkan kekesalan dengan tuduhan ke atas pegawai awam yang kononnya sabotaj kerajaan.

Tetamu itu minta agar tuduhan itu dijelaskan kerana dari pengalamannya sebagai seorang pegawai awam kerajaan tidak seperti dituduh itu tidak berlaku bahkan pegawai senantiasa mennyokong kerana kerana mereka profesional.

Beliau yang mengakui merupakan bekas pegawai kerajaan PTD berharap perkara itu dijelaskan agar tidak berlaku konflik di antara pegawai awam dengan kerajaan.

Menjelas lanjut isu itu, kata Anwar ia tidak perlu berlaku dan dalam pengalamannya menjadi menteri beliau mendapat sokongan padu daripada pegawai kerajaan baik semasa beliau jadi menteri pendidikan, pelajaran dan kewangan. “Saya dahulu semasa menjadi menteri tidak ada apa-apa masalah dengan pegawai awam, bahkan mereka memberi sokongan penuh,” ceritanya.

Cerita Anwar semasa beliau kena pecat daripada kerajaan ketika itu beliau menteri kewangan, ada pegawai yang bersimpati dengan nasib dialaminya.

Bagaimana pun beliau tidak menolak tindakan itu tetapi ia sangat kecil mungkin ada pegawai bertindak demikian, kurang senang dengan kerajaan kerana sebab-sebab tertentu yang mana ia boleh diatasi.

Sebaiknya bila ada pergeseran atau salah faham, mereka perlu diberi nasihat secara baik dan jangan sesekali mengkritik mereka di khalayak. “Sebaik-baik bagi tahu mereka dengan cara memanggil dan tegur secara sopan.

– http://msomelayu.blogspot.com/

.