KONGRES PINTU BELAKANG TAJAAN AZMIN DI RENAISSANCE DAN SALOMA BISTRO, KL?

Kemungkinan kongres pintu belakang tajaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjadi kenyataan semakin sukar untuk dinafikan.

Berdasarkan poster yang tersebar luas melalui media sosial sejak senalam, difahamkan kongres berasingan yang bertujuan menyaingi Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka itu bakal diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur.

Ia dinamakan Rapat Keadilan Perjuangan dengan tema “Kembali Ke Landasan Reformasi” akan diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Disember 2019.

Melihat kepada tarikhnya adalah bersamaan dengan kongres yang sah di Melaka, ini bermakna ia bukan saja bertujuan menganjurkan kongres berasingan, malah menunjukkan Azmin pasti akan berada bersama para penyokong di ibu kota pada hari tersebut.

Sekaligus, ini bermakna beliau tidak akan hadir dan memboikot kongres yang sah di Melaka itu.

Dalam pada itu, satu majlis makan malam meraikan para penyokong yang memihak kepada Azmin juga akan turut diadakan pada 7 Disember, jam 8.00 malam di Saloma Bistro yang terletak berhadapan hotel Renaissance, tempat berlangsungnya kongres pintu belakang tersebut.

Beberapa orang ahli PKR, termasuk juga ahli parti komponen PH telah mula menerima jemputan melalui aplikasi Whatsapp untuk menghadiri majlis makan malam tersebut.

Difahamkan, mereka yang bertanggungjawab menyelaras jamuan makan malam di Saloma itu ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dengan dibantu aktivis jalanan yang tidak asing lagi, Hishammuddin Rais.

Kedua-dua mereka dikatakan diberi tanggungjawab untuk memastikan majlis jamuan itu berjaya dan untuk memberi gambaran Azmin mempunyai sokongan yang lebih besar berbanding Anwar Ibrahim.

Berjayakah kongres pintu belakang dan majlis makan malam itu mendapat sambutan?

– https://shahbudindotcom.net/

.