SETELAH AMARAN INI, AZMIN HADIR ATAU TIDAK KONGRES DI MELAKA NANTI?

Ya, ini yang sepatutnya dilakukan oleh PKR jika berlaku kongres berasingan pada 7 dan 8 Disember ini.

Dalam mana-mana parti, apabila pihak ibu pejabat sudah menetapkan kongres tahunan pada sekian tarikh dan tempat, tiada pihak lain dalam parti dibolehkan menganjurkan majlis yang serupa pada tarikh yang sama.

Hanya ada satu kongres saja yang sah dan diperakui.

Oleh itu, tindakan paling tegas mesti diambil jika mereka meneruskannya juga hasrat menganjurkan kongres berasingan.

Dengan adanya amaran daripada Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin ini, kita lihat sama ada Azmin Ali dan kumpulannya berani mengadakan kongres berasingan atau tidak sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak dua tiga hari lalu.

Kalau mereka melakukannya juga, bermakna memang mereka sengaja cari pasal dan jangan salahkan sesiapa jika tindakan terpaksa diambil terhadap mereka.

Tetapi, kalau pun Azmin tidak kisah jika dikenakan tindakan, adakah para penyokong mereka juga bersedia?

Seperkara lagi, dengan adanya amaran ini juga yang memungkinkan kongres berasingan sebagaimana dirancang barangkali tidak lagi mendapat sambutan, apakah pendirian Azmin pada hari tersebut?

Adakah beliau akan hadir ke Kongres Keadilan Nasional di MITC, Melaka dan sedia duduk bersebelahan dengan Anwar?

Atau bakal ponteng lagi sebagaimana sudah setahun beliau tidak hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR selama ini?

– https://shahbudindotcom.net/

.