AZMIN MEMBOHONGI TUN MAHATHIR?

Sebagaimana pengakuan Azmin Ali kepadanya, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan, pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai parti lain.

“Saya tanya Azmin apa yang dia bincang, dia kata orang UMNO ini (kata) mereka sudah hilang parti, tidak tahu hendak buat apa.

“Jadi, mereka tanya sama ada hendak masuk parti lain atau tidak,” jelas Tun Mahathir.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas pendedahan Tun Mahathir itu, tujuh daripada 17 Ahli Parlimen UMNO yang hadir di rumah Azmin tampil membuat kenyataan penafian.

Tujuh Ahli Parlimen terbabit, Ismail Mohamad Said (Kuala Krau), Salim Sharif (Jempol), Jalaluddin Alias (Jelebu), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Azalina Othman Said (Pengerang), Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) sependirian menafikan kenyataan Tun Mahathir itu.

Kata mereka, tidak pernah sama sekali disebut atau dibangkitkan soal UMNO hilang arah, hilang parti atau mahu melompat menyertai parti lain dalam pertemuan tersebut.

“Tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO semasa pertemuan tersebut.

“Seperti yang dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami tidak akan sesekali keluar UMNO, apatah lagi melompat parti,” jelas mereka.

Sebaliknya, mereka mengakui ada mengajak Azmin agar menyertai UMNO berikutan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 Nov lalu.

Dalam hal ini, siapakah yang berbohong?

Tun Mahathir, Azmin atau tujuh Ahli Parlimen UMNO itu?

Dari segi logik, tidak mungkin Tun Mahathir berbohong atau mereka-reka cerita kerana tiada kepentingan untuknya berbuat demikian.

Berbanding Azmin yang menjelaskan kepada Tun Mahathir bahawa 17 Ahli Parlimen itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah serta menimbang untuk menyertai parti dengan tujuh Ahli Parlimen terbabit yang setakat ini tampil membuat penafian, sudah tentulah kebarangkaliannya tujuh orang itu bercakap benar lebih diyakini.

Kecualilah, jika Azmin dapat menunjukkan bukti-bukti lain seperti rakaman suara atau video sebaliknya berkenaan pertemuan, barulah satu dianggap telah menang dengan tujuh.

Apakah dalam hal ini Azmin telah berbohong kepada Tun Mahathir?

Tujuh Ahli Parlimen itu seterusnya mengakui, apa yang dibincangkan dengan Azmin adalah berkaitan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing?

Sebelum ini, Azmin menjelaskan pertemuannya dengan 17 Ahli Parlimen UMNO itu hanya pertemuan biasa dan tidak ada apa-apa yang luar biasa daripadanya.

Jika begitu, tidakkah aduan mereka kepada Azmin tentang UMNO sudah hilang arah dan menimbang untuk menyertai parti lain, adalah sesuatu yang luar biasa sebenarnya?

Mengapa ketika bercakap dengan media, Azmin hanya memberitahu ia hanya perjumpaan biasa, tetapi kemudian memaklumkan kepada Tun Mahathir sesuau yang luar biasa iaitu 17 Ahli Parlimen terbabit sudah hilang keyakinan kepada UMNO dan ingin melompat parti?

Lebih pelik lagi, Azmin juga ada menyebut sebelum ini beliau tidak ingat siapa yang mengatur pertemuan di rumahnya itu.

Kenyataan itu tampak berbeza dengan ciapan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa melalui laman Twitternya, yang mungkin setelah dimaklumkan oleh Ahli-Ahli Parlimen itu bahawa Azminlah sebenarnya yang menjadi pengaturnya

Kata Annuar, beliau yakin semua Ahli Parlimen itu masih setia dengan UMNO dan Azmin mengatur mereka itu berjumpa dengannya untuk membodek Tun Mahathir bagi menyelamatkan dirinya.

Oleh kerana hasil siasatan “video Haziq” belum selesai, malah dijangka akan diumumkan oleh pihak polis tidak lama lagi, dakwaan Annuar tentang Azmin yang cuba membodek Tun Mahathir bagi tujuan menyelamatkan dirinya, terlihat ada logik serta kebenarannya.

Orang lain yang tidak tersepit tidak perlu membodek atau berbohong kepada sesiapa untuk menyelamatkan diri?

Persoalan penting di sini, sedarkah 17 Ahli Parlimen

– https://shahbudindotcom.net/

.