POLITIC IS ABOUT NUMBER, ANTARA DR. MAHATHIR DAN ANWAR, SIAPA YANG ADA?

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi soal jawab pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ hari ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Oct 21 -- Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad during a question-and-answer session at the ISIS Malaysia Praxis Conference 'Malaysia Beyond 2020' today.
--fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHT RESERVED

Peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dah nak sampai kemuncak…

Walau apa pun yang akan terjadi, Dr. Mahathir jelas masih tak nak serahkan jawatan Perdana Menteri pada Anwar…

Dr. Mahathir akan cipta alasan demi alasan, strategi demi strategi untuk menidakkan Anwar sebagai Perdana Menteri, buat kata orang Jawa, kali nie Dr. Mahathir akan ‘all out’, sekurang-kurangnya untuk menangguhkan peralihan kuasa pada Anwar, paling tidak pun sampai akhir penggal…

Persoalannya, siapa yang ada dalam kepala Dr. Mahathir untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke 8?

Sekali fikir, macam Malaysia nie mak bapak dia orang punya!!!

Bukan orang politik jer yang sibuk buat percaturan, tapi penyokong pemimpin tertentu pun rancak buat percaturan…

Nie salah satu antaranya…

Kalau Anwar gerakkan undi tak percaya pada Dr. Mahathir dan singkirkan PPBM dari Pakatan Harapan :

Kerusi Parlimen Pakatan Harapan = 129

Kerusi Parlimen Warisan = 9

Kerusi Parlimen Pembangkang = 83

Kerusi PPBM = 26

Kalau PH buang PPBM , jumlah kerusi PH akan jadi 129-26 = 103

Katakan PPBM berjaya tarik MP Warisan, 26+9 = 35

Kedudukan akan jadi :

Pakatan Harapan = 103

Pembangkang = 83

PPBM + Warisan = 35

Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadi sangat lemah kalau pun Anwar Ibrahim jadi PM…

Tapi, kalau PPBM + Warisan join Pembangkang, adakah Pembangkang bersetuju Dr. Mahathir kekal sebagai PM?

Dan apakah Dr. Mahathir setuju untuk bergabung dengan pembangkang kalau terpaksa lepaskan jawatan Perdana Menteri?

Dari satu sudut yang lain, jangan lupa GPS ada 18 MP…

Mana mereka nanti?

Pastikah semua MP PPBM sepakat?

Apa pendirian team Muhyiddin dan puak2 IKRAM?

Pastikah semua katak-katak masih bersama Dr. Mahathir?

Adakah Warisan akan bersetuju untuk bersama dalam blok PPBM?

Kenapa PPBM masuk Sabah?

Dan berapa ramai lagi MP PKR yang masih bersama-sama Azmin?

20 atau 1?

Macam mana pula dengan PAN?

Apakah benar MP PAN solid bersama DAP untuk sokong Anwar?

Ada yang bertahun makan tapak tangan Dr. Mahathir…

Pastikah DAP solid untuk Anwar?

Apa yang tersirat di sebalik tindakan Anthony Loke?

Konflik dalaman pun dah mula di Perak!!!

Apa sebab yang sebenar PAS beri sokongan 18 kerusi untuk Dr. Mahathir?

Adakah MP lain dalam UMNO tak sokong mana-mana?

Kalau Anwar pujuk, adakah yang akan goncang iman?

Dan jangan dilupakan ada beberapa MP bebas…

Kedua-dua puak, Dr. Mahathir dan Anwar hanya drama Tamil…

Kemungkinan terbesar ialah dua-dua tak cukup kerusi…

Sesama kita, raikan perbezaan pandangan dengan keriangan…

Kebanyakan ahli-ahli politik berjawatan, berkerusi, ada peel haram jadah…

Adakala kita pun sama berpeel haram jadah…

Tak guna kita kelahi sesama kita…

Tak perlu hingga masam muka…

Tunggulah kita episod seterusnya lepas APEC Chile…

– http://theunspinners.blogspot.com/

.