LESEN UNTUK HENTAM KERAJAAN….

Kepada yang masih berkira-kira sama ada mahu menghentam PH atau tidak atas pelbagai kelemahan dan tidak terkecuali kebodohan seetengah menteri, kini mereka tentunya sudah mula rasa lapang di dada.

Mereka mulai sekarang sudah boleh menghentam kerajaan tanpa rasa berdosa apa-apa.

Ini berikutan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin sendiri memberi laluan ke arah itu.

Kata beliau, masa untuk memberi nasihat sudah tamat dan kini adalah masa untuk menghentam pula.

Bagi yang sudah lama menghentam PH atas pelbagai kelemahan dalam mengurus kerajaan, tentunya seperti blog ini, ciapan Kadir ini adalah ibarat lesen besar untuk melakukan hentaman dengan lebih agresif lagi.

Realitinya, setelah 17 bulan tidak makan nasihat dan masih juga menunjukkan kebodohan, seperti menteri yang tak sudah-sudah dengan projek kereta terbang misalnya, jalan yang tinggal hanyalh dengan menghentam mereka.

Jika Najib Razak sebelum PRU14 telah dihentam kiri dan kanan sehingga akhirnya BN tumbang, kalau tidak berubah, PH juga harus sedia menerima hentaman yang lebih agresif mulai sekarang.

Mudah-mudahan hentaman yang semakin agresif nanti membuka hati untuk mereka berubah.

Jika tak mampu berubah, undurlah secara terhormat.

Dengan Penasihat Media dan Komunikasi PM sendiri memberi laluan serta lampu hijau, takkan nak dibiarkan begitu saja kesempatan yang ada.

Marilah kita hentam PH ini secara berjemaah mulai sekarang.

– https://shahbudindotcom.net/

.