AKHIRNYA TERBUKTI PERANGAI PH DAN BN SAMA SAJA…..

Dulu, sebelum jadi kerajaan, para pemimpin PH paling bising apabila kerajaan BN ketika itu mengumumkan pelbagai peruntukan pembangunan setiap kali bila ada pilihanraya kecil diadakan.

Kata mereka, perbuatan itu adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi serta menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan parti politik yang bertanding.

Kecaman demi kecaman terhadap perbuatan BN itu sedikit demi sedikit akhirnya membuatkan rakyat membenci dan menolak BN.

Tapi, apa jadi bila PH sendiri jadi kerajaan?

Kenapa mereka juga melakukan perbuatan yang sama yang pernah mereka kecam dulu?

Kenapa para pemimpin PH tidak berpendirian sama seperti ketika mereka jadi pembangkang dahulu?

Adakah mereka selama ini hanya berpura-pura saja?

Kalau merasuah pengundi pun tidak segan-segan dilakukan, walaupun pernah mengecamnya sebelum ini, jangan-jangan melakukan rasuah untuk diri sendiri pun sama hebat macam perangai pemimpin UMNO dan BN juga?

Adakah bila ada kuasa, PH dan BN sama saja sebenarnya?

– https://shahbudindotcom.net/2

.