ADA BENARNYA KATA2 KJ KALI INI…..

Walaupun Anwar Ibrahim pada minggu lalu meminta orangramai berhenti daripada bertanyakan kepada Tun Mahathir Mohamad tentang tarikh peralihan kuasa, apa yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin ini tidak boleh pula dinafikan kebenarannya.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, peralihan kuasa bukan merupakan isu politik semata-mata, sebaliknya turut berkaitan ekonomi, perniagaan dan pelaburan untuk negara.

Katanya, kekaburan tentang peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim boleh menjejaskan keyakinan pelabur ke negara ini.

“Keputusan pelaburan di Malaysia sangat dipengaruhi oleh kepastian politik.

“Oleh sebab kini wujudnya ketidaktentuan politik berikutan kekaburan berhubung peralihan kuasa, sektor swasta merosot kerana sektor perniagaan tidak sedia membuat pelaburan berikutan hala tuju ekonomi yang tidak jelas,”kata beliau lagi.

Rasanya tiada masalah untuk kebayakan daripada kita bersetuju dengan apa yang diluahkan KJ kali ini.

Apa yang beliau suarakan ada kebenarannya.

Tambahan lagi, setelah 16 bulan PH memerintah negara ini, ekonomi masih lembab, dunia perniagaan merosot dan ramai ahli-ahli perniagaan yang bersungut.

Apakah kita mahu negara terus terjerumus dalam ketidaktentuan ekonomi yang lebih panjang?

Sudah tentu, salah satu sebabnya ialah kerana peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar masih lagi kabur dan tiada kepastian.

Lebih-lebih lagi, kadangkala seperti tidak pasti sama ada Tun Mahathir mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar atau tidak.

Maka, untuk kebaikan negara, pertumbuhan ekonomi dan dunia perniagaan berkembang, mahu tidak mahu, kepastian berkenaan penyerahan jawatan itu harus segera dimuktamadkan.

Bilakah agaknya penentuan tentang penyerahan jawatan itu sebaik-baiknya mesti diputuskan?

– https://shahbudindotcom.net

.