EZAM DEDAH RAHSIA SEBENAR PERTEMBUNGAN MAHATHIR – ANWAR

1. 1997 – Krisis ekonomi melanda dunia dan Malaysia.Pertembungan Mahathir PM dan Anwar TPM bermula.Anwar juga Menteri Kewangan.

2. Saya menjadi Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada tahun 1996. Saya menyaksikan dari dekat pertembungan Mahathir-Anwar pada tahun 1997 itu.

3. Sebagai Setiausaha Politik, saya hadir mesyuarat post kabinet Kem kewangan setiap minggu.(Anwar adalah seorang menteri yang tidak pernah gagal pengerusikan mesyuarat post kabinet.Tidak spt kebanyakan Menteri sekarang yang tuang/skip post kabinet.)

4. Bermula 1997 hampir setiap mesyuarat post kabinet Kem Kewangan Anwar membawa ke perhatian mesyuarat desakan Mahathir untuk selamatkan syarikat2 besar dan kroni2 besar beliau. Anwar memberi isyarat jelas beliau tidak bersetuju.

5. Disitulah bermulanya kebencian Mahathir pada Anwar. Anwar tidak melayan karenah beliau yang amat cenderung melindungi syarikat kroni2 besar sahaja termasuk anak2nya.

6. Anwar sering mempertahankan sikap beliau yang cenderung pertahan kelompok miskin daripada bail out syarikat2 kaya. Anwar mendidik warga Kem Kewangan agar dekat dengan kelompok miskin. Dizaman Anwar sasterawan2 besar pro rakyat diundang ke Kementerian Kewangan yang sebelum itu sarang kelompok si kaya raya.

7. Makanya Mahathir, kroni dan familinya yang sangat pro kapitalis kaya membenci Anwar. Mereka mula merancang menjatuhkan Anwar. Anwar terus ditekan untuk mengubah sikap pro rakyatnya. Anwar enggan dan bertahan sehingga dihari terakhir di Kem Kewangan beliau dipecat pada 2 Sept 1998.

8. Ia samasekali bukan soal Anwar cekap mengurus atau tidak. Malah rekod pamerkan Anwar diiktiraf MK terbaik dalam dan luar negara sepanjang perkhidmatan beliau.

9. Ianya soal Anwar yang pro rakyat dan enggan tunduk kepada kerakusan sang PM yang pro kapitalis kaya dan utamakan usaha selamatkan si kaya2 keparat ini daripada rakyat miskin.

10. Pada usia 29tahun dan setiausaha politik termuda ketika itu saya ditakdirkan menyaksikan pertarungan ini didepan mata saya. Saya bertanggungjawab meluruskan hakikat yang sebenar ini.

11. Hakikatnya Mahathir adalah alat kepada kapitalis kaya raya korup dan keparat. Ia memusuhi Anwar kerana Anwar musuh kepada kelompok ini. Malang sekali, di usia 95tahun ini Mahathir masih membiarkan dirinya menjadi alat dan perkakas.

12. Kapitalis2 keparat ini memang tidak mahu Anwar menjadi orang no 1 negara ini kerana Anwar tidak akan tunduk kepada mereka seperti Mahathir. Mereka tahu Anwar sebagai seorang PM akan lindungi rakyat bawahan dan tidak seperti Mahathir melindungi mereka yang kaya raya.

13. Sudah berpuluh bilion malah ratusan billion wang negara habis kerana melindungi mereka yang kaya raya ini dari zaman Mahathir menjadi PM. Ia pastinya tidak akan berlaku lagi semasa Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor

-https://shahbudindotcom.net/

.