JASA – BARISAN HADAPAN UNTUK KUKUHKAN GENG KARTEL DALAM PN?

KUALA LUMPUR 22 OGOS 2020. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Kongres Negara di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Satu isu yang turut menjadi bualan hangat tentang Belanjawan 2021 ialah berkenaan peruntukan besar yang disediakan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas atau Jasa.

Jasa adalah unit propaganda kerajaan yang diwujudkan sejak era BN, tetapi telah dimansuhkan pada 2018 sewaktu PH mentadbir negara.

Dalam belanjawan yang dibentangkan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam, Jasa diperuntukkan sebanyak RM85.5 juta, satu jumlah paling besar pernah diperolehinya.

Terdapat dua peruntukan untuk unit di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia – pertama, sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan kedua, sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan sebanyak 185 peratus berbanding RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN pada Belanjawan 2018 lalu.

Sejarah peruntukan untuk Jasa sebelum ini adalah seperti berikut:-

⁃ 2011 – RM21,759,400

⁃ 2012 – RM21,392,000

⁃ 2013 – RM23,127,100

⁃ 2014 – RM24,572,800

⁃ 2015 – RM21,718,100

⁃ 2016 – RM22,801,000

⁃ 2017 – RM22,886,500

⁃ 2018 – RM30, 000, 000

⁃ 2019 – Tiada (dimansuh)

⁃ 2020 – Tiada (dimansuh)

⁃ 2021 – RM85.5 juta

Persoalannya, untuk kerja apa sampai Jasa perlu diberikan wang sebanyak itu dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin ini?

Sebagai makluman, oleh kerana Jasa terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, bermakna ia adalah dalam kawalan menterinya, Saifuddin Abdullah, bekas pemimpin PKR yang kini menyertai Bersatu.

Beliau diketahui sebagai salah seorang Geng Kartel atau penyokong kuat kepada Azmin Ali.

Dengan itu, apakah kewujudan semula Jasa dengan peruntukan besar itu bertujuan untuk mengaktifkan kumpulan propaganda atau barisan hadapan pro Azmin yang bukan saja berperanan untuk menyerang PH, khusus menghadapi PRU15 akan datang, tetapi juga bagi melemahkan UMNO agar Bersatu sentiasa dilihat dominan dalam kerajaan PN?

Mungkinkah juga Jasa bakal diketuai oleh bekas pemimpin PKR yang kini ada bersama dalam Bersatu?

Ketika era BN, memang Jasa diketuai oleh pemimpin UMNO dengan yang terakhir mengetuai jabatan itu ialah Dr Puad Zarkashi, Ahli MT UMNO.

Maka, soalan lain untuk PH dan UMNO, sediakah mereka menyokong Belanjawan 2021 ketika pengundian nanti?

-https://shahbudindotcom.ne

.