MADANI ‘DEATHWISH’? GE16 BY AUGUST 2023?? – DESPERATE TO THE POINT OF HYSTERIA, PRO-NAJIB & ANTI-ANWAR GROUPS START TO THREATEN UNITY GOVT WITH UMNO WITHDRAWAL – BUT REALLY??? WOULD GPS BE SO SILLY AS TO BLINDLY FOLLOW UMNO NOW – WITH ANWAR, TIN KOSONG OR NOT, HAVING TO SOME EXTENT SHOWN HE CAN DO THE PM JOB TONS BETTER THAN TOTALLY HOPELESS MUHYIDDIN & ISMAIL SABRI? – FOR SURE, HAJIJI’S GRS WON’T! – WHEN PUSH COMES TO SHOVE, IT’S HIGHLY LIKELY ZAHID & ‘NEW CABINET CLUSTER’ WON’T EITHER – AND IF ‘KING’ ZAHID CAN OUTFOX ‘OLD CABINET CLUSTER’ ET AL, HE SHOULD BE ABLE TO TURN THE SCREWS ON CAMP NAJIB EVEN MORE EASILY!

MADANI DEATHWISH : PRU 16 BY AUGUST 2023 ?? CADANGAN SAYA UNTUK MADANI MENANG PILIHANRAYA

Bullshit maksudnya adalah tahi lembu. Dalam penggunaan bahasa kasar (Inggeris) maksudnya cakap merepek, merapu, berleter, me­ngoceh, meracau dsbnya.

Bukan maksud saya penyampai yang bercakap dalam video ini merepek atau merapu tetapi berita yang dibawanya memang menggambarkan keadaan bullshit dalam politik negara kita. 

Kita dengar dulu. 

Dalam bahasa Inggeris juga inilah disebut ‘DEATHWISH’.  Keinginan yang sangat kuat untuk MEMBUNUH DIRI.  YOU WANT TO KILL YOURSELF. COMMIT SUICIDE.

Sebab itulah yang akan terjadi akibat perbuatan bodoh memohon pengampunan si-pencuri duit rakyat, membatalkan kes si-penyamun yang telan juta-juta duit rakyat dan serupa itu.

Percayalah jika MADANI meneruskan kerja bodoh seperti ini maka senario yang dilukis oleh penyampai video di atas akan menjadi lebih daripada kemungkinan 50/50. 

It will become a reality. Kita akan hadapi PRU 16, sekali lagi dalam beberapa bulan sahaja. Madani akan pecah rekod si-Telor Penyu sebagai paling singkat duduk atas takhta jamban.


Apa cadangan saya?

My solution is simple. We begin with a question. What is in it for me? 

Kau orang pencuri, perompak, penyamun, penipu, perasuah, pel-wat dapat sapu duit rakyat beratus juta dan berpuluh billion ringgit, dapat main pintu belakang dan pelbagai perbuatan setan lagi.   

Saya Syed Akbar Ali sebagai pengundi setia yang selalu menunaikan kewajipan mengundi, sebagai pembayar cukai yang setia sejak berpuluh tahun, sebagai rakyat marhaen yang setia mematuhi undang-undang negara – saya dapat apa?

What do I get? Jawapannya – Nothing. Saya tak dapat apa pun. I dont get anything.

AND YOU WANT ME TO VOTE FOR YOU?   

Takpelah. Saya masih boleh buat cadangan simple untuk kau orang jadi popular, menang undi, menang pilihanraya, teruskan menelan duit rakyat, teruskan buat onar dan angkara, terus buat kerja setan dsbnya. 

1. Hapuskan tol di highway terutama sekali intercity toll di Lembah Kelang. Bagi highway lain pula samada hapuskan semua tol atau potong tol 50%.

2. Hapuskan AP, KURANGKAN segala apa jenis pun cukai impot, levi, duti, eksais untuk kereta impot. Maksudnya biar harga jualan kereta menurun serupa harga jualan kereta di negara maju. 

Contohnya di California harga BMW 3 Series model 2023 kurang daripada RM200,000 !!


WHY DO WE HAVE TO PAY TWO OR THREE TIMES THE PRICE? 
3. Hapuskan Sedition Act atau Akta Hasutan. Pada 2018 Sedition Act telah dihapuskan oleh kerajaan PH tetapi untuk beberapa minggu sahaja. Lepas itu dia sambung balik.

Itu adalah kerja menipu. Hapuskan Akta Hasutan atau Sedition Act secara permanent.

4. Hapuskan Sekysen 233 MultiMedia Act yang menjadi sisa peninggalan kezaliman zaman Mahafiraun dan Mahazalim.  Just abolish that really stupid Section 233. 

Ini untuk permulaan sahaja.

You do this and not only will I vote for you but I will tell ALL my almost 96 MILLION Blog readers to also vote for you.

Kalaulah PH boleh ikut dan laksanakan EMPAT cadangan saya di atas percayalah PH akan menang majority 2/3 di Parlimen. 

Dan PH akan kekal memegang kuasa untuk lebih dua penggal. 

Percayalah. 

The solution is so simple.

Sebab soalan pokok yang masih tidak terjawab – what do I get?

What do I, the obedient voter, get from all your bullshit?

So far nothing.  

-http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

.