MALAYSIA’S ‘HERO’ ISMAIL SABRI SPEAKS TO AN ALMOST EMPTY HALL AT UN ASSEMBLY – EVEN ASEAN NEIGHBOURS & OTHER ISLAMIC NATIONS DID NOT BOTHER TO ATTEND – WHAT A WASTE OF MILLIONS OF SORELY NEEDED PUBLIC FUNDS SPENT ON ISMAIL & HIS MASSIVE UMNO ENTOURAGE!

Negara ASEAN Hadir Tak Untuk Dengar Ucapan Hero Kita? Negara Arab Macam Mana ? Berapa Banyak Negara Islam Datang Dengar Ucapan Hero Kita? Dulu Haron Jin Kata Kalau Dewan Kosong Barangkali Jin Datang Dengar

 Sila baca ‘Conclusion’ saya pada penghujungnya.

 

Gambar atas :   Di belakang itu dewan besar United Nation almost fully empty. Hampir kosong. Akhir sekali pergi jauh-jauh ke New York boleh ber-‘selfie’. 

 Gambar bawah: Sekali lagi dewan besar United Nations hampir kosong ketika hero kita berucap.  Negara-negara jiran ASEAN pun tidak hadir, atau bukan semua yang hadir. 

Bila datang musim pilihanraya di Malaysia, pemimpin politik kita selalu heboh pasal Palestin, pasal perjuangan Palestin, bla bla bla. Untuk memancing undi Melayu.  Jadi saya nak tanya sikitlah – Palestin hadir tak untuk dengar ucapan hero kita di United Nations pada Jumaat lalu? Turki hadir tak? Arab Saudi hadir tak untuk dengar ucapan hero kita? Negara-negara “Islam” (yang kononnya sahabat karib kita) hadir atau tidak hadir. Kita ahli Organisation of Islamic Countries ( atau pun Oh I See). Ada tak pemimpin Oh I See datang menyokong hero kita?

Dewan UN itu nampak kosong saja bila hero kita berucap.  Buang duit tambang, buang duit sewa hotel, buang duit beli kasut dan buang duit beli baju. 

Conclusion :

Yang berikut ini adalah gambar beberapa pemimpin negara yang pernah hadiri Persidangan United Nations sambil berpakaian tradisi kaum mereka.

 


Saya sebut  ‘kaum’ mereka sebab kemungkinannya bukan semua orang di negara mereka akan berpakaian serupa mereka. Pakaian mereka lebih mengikuti tribal costume yang khusus.

Contohnya di kiri atas sekali adalah Allahyarham Muammar Khaddafy dari Libya yang memakai baju tradisi kaum kabilahnya. Pakaian seperti ini lebih sesuai melindungi seseorang daripada ribut pasir di padang pasir.  Mungkin Khaddafy telah bersedia menghadapi ribut di United Nations.

Di kanan atas sekali adalah Preiden Mobutu Sese Seko, pemimpin Congo dulu yang memakai pakaian tradisi ‘leopard skin hat’ atau topi yang dibuat daripada kulit harimau bintang (leopard) yang jelas mencerminkan keturunan beliau berasal-usul ‘African chief’ atau berasal-usul ‘pemburu’ yang pernah membunuh harimau bintang, singa dsbnya. Gambar di bawah kiri sekali adalah seorang lagi pemimpin Afrika yang berpakaian seperti tukang masak atau ‘chef’ di hotel.   

Ya saya setuju ini adalah pakaian tradisi mereka. Tetapi sebenarnya pakaian tradisi juga bertujuan untuk menonjolkan identiti yang berasingan. “I am different from you“. 

Apa maksud sebenar “tradisi”? Maksud sebenar tradisi adalah “tidak moden”. Traditional means NOT modern.  Ataupun ‘tidak boleh moden’. Traditional can also mean ‘cannot become modern’.

Cuba bayangkan Muammar Khaddafy memakai baju tradisinya dengan kain labuh berukuran lima atau enam meter panjangnya dan mencuba bekerja di kilang besi dan keluli. He will catch fire. 

Jadi cuba fikir baik-baik ok. Tradisi itu maksudnya tidak moden. Atau “tidak boleh moden”.  Traditional means NOT modern. It is as simple as that.

Kereta sudah berkarat. Sudah lapuk. Gear satu, gear dua semua sudah rosak. Kereta hanya boleh masuk gear gostan. Kereta orang lain semua sudah pecut ke hadapan tetapi kereta kita pula hanya boleh gostan ke belakang. Itulah maksud tradisi.

Dan ianya bukan kebetulan atau tidak sengaja pada zaman moden ini bahawa tradisi itu sering dijumpai di musium, dalam buku-buku sejarah dan dalam gambar-gambar lama (terutama sekali gambar hitam putih).

Contohnya gambar Presiden Mobutu Sese Seko (Republik Congo) di atas itu diambil pada tahun 1973 sewaktu beliau berucap di United Nations. Pada hari ini kebanyakan pemimpin Afrika lebih selesa memakai baju kot dan kemeja yang kemas.  Mereka pun sudah moden.

Hari ini orang yang memakai pakaian tradisi di luar negara lebih dilihat sebagai satu novelty atau curiosity. Ia itu suatu tarikan yang layak diambil gambar (untuk dilupakan pada esok hari).   ‘Ooh your outfit is so cute. Can I take a selfie with you?

Bahayanya orang luar atau orang asing tidak akan memandang serius kepada kita.  

-http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

.