MALAYSIA IN SERIOUS CRISIS – IT DOESN’T MATTER WHO BECOMES PM NEXT – THE ECONOMY IS ALREADY ALMOST TOTALLY DESTROYED!

Ekonomi Negara Menghampiri Kehancuran – Tak Kira Siapa Jadi PM Atau Menteri

Saya tak tahulah siapa nama Encik Mat Salleh yang bercakap dalam video ini tetapi apa dia sebut itu bukanlah cerita kuda liar.

Pengambilan ‘con-sultan’ untuk membantu kerajaan menyiapkan perancangan telah bermula sejak zaman Abdullah Badawi pada 2003. Badawi menjadi perdana menteri yang tidak berbakat dan langsung tidak faham apa pun berkenaan apa pun. 

Badawi telah mengambil “penasihat” dan Menteri yang juga tidak tahu menahu bagaimana cara terbaik untuk bangunkan ekonomi negara. Mereka telah perkenalkan idea-idea kuda liar (seperti high income nation, high impact projects, economic development corridors, memperkasakan ‘GLC’ dengan duit rakyat berpuluh bilion Ringgit, pengambilan consultan Amerika untuk menyediakan perancangan kerajaan  – termasuk memberikan mereka access kepada dokumen sulit dan rahsia kewangan negara) yang semuanya telah merugikan negara. GLC sudah menjadi sinonim dengan penipuan, rasuah, kerugian berbillion-billion Ringgit dan juga yang menjadi bankrap.

Ada juga “penasihat” dan “Menteri” yang dilantik Badawi itu telah mencuri duit rakyat beratus juta Ringgit dan ada se-ekor dua sedang  disiasat sehingga ke hari ini (tetapi anehnya tiada tindakan susulan diambil sehingga hari ini. Siasat, siasat, siasat lepas itu kes jadi “sejuk”).

Kewangan Kerajaan memang sudah lama menjadi tenat. Yang berikut adalah analisa kewangan kerajaan yang detail dan mendalam oleh akhbar The Edge. 

Malangnya ramai sekali orang Melayu (kumpulan pengundi yang terbesar di Semenanjung) tidak faham baca bahasa Inggeris. Akhbar bahasa Melayu lebih suka menulis cerita artis kahwin, siapa skandal dengan siapa, cerita agama dan sangat sikit sekali analisa ekonomi yang mendalam. 

Cubalah baca laporan berikut oleh The Edge yang memberi gambaran yang agak tepat berkenaan kewangan kerajaan.

(Saya telah singkatkan laporan ini untuk mudah di baca)

trillion-ringgit government debt burden, debt servicing capability, financial reserves. 
Singapore has RM5 trillion “reserves”
 

official data shows that government rolling over its debt
(OSTB : Maksudnya ambil hutang baru untuk tutup hutang lama)

Spending in excess of revenue every year since 1998 

(OSTB : Maksudnya selama 24 tahun perbelanjaan melebihi hasil pendapatan)

  • govt debt RM242b (2006), RM502b (2012), RM741b (2018) 51% of GDP
  • govt debt RM824b end-March 2020
  • end June 2020 govt debt RM1.045 trillion, or 63.8% of GDP
    extra RM250b debt accumulated between 2019 to 2022
  • govt debt of RM1.045 trillion excludes RM32.08b for 1MDB
  • also excludes RM8.78b loans for gas pipeline projects in Sabah 

govt debt RM1.0058 trillion, or 61.4% of GDP, end-March 2022

govt guaranteed debt RM312.7b or 19.1% of GDP, end-March 2022.

govt debt will hit RM2 trillion by 2030, RM3 trillion by 2035, RM4 trillion by 2039

  • 15% or RM163b debt mature by end-2023
  • 31%, or RM337b mature by end-2025
  • 47% or RM508b by end-2027)

(OSTB : Maksudnya RM1.008 TRILLION hutang negara perlu dibayar sebelum hujung 2027 – dalam tempoh LIMA tahun saja !!)

half the debt likely to be rolled over at higher rates within five years 

(OSTB : Maksudnya hutang baru akan dipinjam untuk cover hutang lama. Macam pinjam daripada emak untuk bayar hutang kepada kawan. Lepas itu pinjam daripada sepupu untuk bayar hutang kepada emak.)

Debt servicing made up 18% of govt revenue in 2021
(OSTB : Maksudnya 18% hasil pendapatan kerajaan diguna untuk bayar bunga saja)

this year’s estimate RM43.1b 
could reach RM46 billion 2023
(OSTB : Maksudnya bayar bunga tahun ini RM43b, tahun 2023 pula RM46b, menghampiri 90% kos MRT3) 
 
for 2022 interest payment RM3.59b per month
(OSTB : Menghampiri mampus)  
 
2022 interest payment RM43.1b (57% of RM75.6b development expenditure)
subsidies RM80b, of which only RM31b planned
RM43.1b interest for 2022 double RM18.18b for education, health, housing this year.gaji, pension half of govt revenue 2022

IMF cut Malaysia’s 2022 GDP growth projection from 5.6% to 5.1% 

My Comments ;

Confirm-lah kedudukan kewangan kerajaan sangat kurang sihat. Cuba bayangkan kalau kerajaan tak cukup duit untuk bayar gaji Penjawat Awam bagi sebulan? Akan kecoh-lah negara.

Soalan yang pokok ialah daripada mana kerajaan meminjam duit yang beratus-ratus billion itu? 

Jawapan besarnya : Daripada EPF. 

Ikut Menteri Kewangan dia sungguh happy-happy menyatakan bahawa simpanan EPF sudah melebihi RM1.0 Trillion.  Maka kerajaan pun bolehlah pinjam duit daripada EPF.

Tapi duit EPF bukan duit bapak dia. Duit EPF itu duit kita, duit rakyat juga. 

Jadi depa pinjam pun daripada duit kita. Depa belanja besar dengan guna duit kita. Semuanya duit kita.

Tapi yang kaya Menteri, anak isteri Menteri, ahli politik, ketua bahagian, orang-orang elit dan begitu. 

Tuan-Tuan yang haprak dapat apa?

-http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

.