MUHYIDDIN CHECKMATES HIMSELF – EVEN BEFORE A SINGLE VOTE IS CAST – HUMILIATED IN SABAH, HADI & CO’S EXIT FROM PN & MN IS NOW A FOREGONE CONCLUSION – ‘IF PAS CAN SACRIFICE IN SABAH, WHY CAN’T BERSATU & UMNO DO THE SAME IN GE15’ – PAS TO DEMAND ALL SEATS IN KELANTAN, T’GANU, KEDAH & PERLIS? PAS BANGKIT BALAS DENDAM, TUNTUT SEMUA KERUSI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH DAN PERLIS?

Disappointed by not being given a seat to contest in the Sabah PRN, Pas seems to be starting to take steps to demand their due rights in the upcoming GE15.

In this regard, PAS President, Hadi Awang said, Pas will dominate the seats in Kelantan, Terengganu and Kedah after this.

He said, although the distribution of seats, either through MN or PN has not been finalized yet, but Pas will dominate a number of seats in those states.

Apart from that, the PAS Muktamar in Kelantan which ended yesterday also approved a motion for Pas to be allocated 50 Parliamentary seats in the next GE.

The demand follows that Pas was not allocated any seats in the Sabah PRN where either UMNO or Bersatu, both refused to tolerate giving even one seat to the Islamic party.

In the same vein, Pasir Mas Member of Parliament, Ahmad Fadhli Shaari came up with details among the seats that should be given to Pas in the next GE15.

He said, the seats are 14 in Kelantan, 8 in Terengganu, 15 in Kedah, 3 in Perlis and the rest can be found in other states.

He added, if Pas can sacrifice in Sabah, what is wrong with GE15 later other parties will sacrifice.

What is the reaction of UMNO and Bersatu leaders in Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis regarding the request of the Pasir Mas Member of Parliament?

It seems that Tok Pa, Annuar Musa, Mahadzir Khalid and Shahidan Kassim can retire after this.

If not fulfilled, it is not impossible for Pas to sulk and leave PN and MN as they left PH before.

If Pas leaves PN and MN, won’t all losses end later?

GOOGLE TRANSLATE OF THE STORY BELOW:

PAS BANGKIT BALAS DENDAM, TUNTUT SEMUA KERUSI KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH DAN PERLIS?

Kecewa kerana tidak diberikan kerusi untuk bertanding dalam PRN Sabah, Pas nampaknya mula mengorak langkah untuk menuntut hak mereka yang sewajarnya dalam PRU15 datang.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Hadi Awang berkata, Pas bakal mendominasi kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah selepas ini.

Katanya, walaupun pembahagian kerusi, baik melalui MN atau PN belum lagi dimuktamadkan sehingga ini, tetapi Pas akan mendominasi sejumlah kerusi di negeri-negeri tersebut.

Selain itu, Muktamar Pas di Kelantan yang berakhir semalam juga turut meluluskan usul agar Pas diperuntukklan 50 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang nanti.

Tuntutan itu susulan Pas tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam PRN Sabah di mana baik UMNO atau Bersatu, kedua-duanya enggan bertolak ansur memberi walau satu kerusi kepada parti Islam itu.

Sehubungan yang sama, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari tampil dengan butiran antara kerusi-kerusi yang patut diberikan kepada Pas dalam PRU15 akan datang.

Katanya, kerusi-kerusi tersebut ialah 14 di Kelantan, 8 di Terengganu, 15 di Kedah, 3 di Perlis dan selebihnya boleh cari di negeri-negeri lain.

Tambah beliau, kalau Pas boleh berkorban di Sabah, apa salahnya dalam PRU15 nanti parti-parti lain pula yang berkorban.

Apa agaknya reaksi pemimpin UMNO dan Bersatu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berhubung permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas itu?

Nampaknya Tok Pa, Annuar Musa, Mahadzir Khalid dan Shahidan Kassim boleh bersara sajalah selepas ini.

Kalau tidak ditunaikan pula, tak mustahil Pas akan merajuk dan keluar daripada PN dan MN sebagaimana mereka keluar PH sebelum ini.

Kalau Pas keluar PN dan MN, bukankah semua rugi juga akhirnya nanti?

-https://shahbudindotcom.net/

.