SABAHANS CAN’T GO TO HEAVEN IF THEY CAN’T VOTE FOR PAS? THE MOST BACKWARD DINOSAUR PARTY DRAGGING DOWN THE WHOLE COUNTRY, YET ARROGANT HADI & CO NOT AWARE OF THEIR IMPENDING EXTINCTION – HARAKAH, THEIR ONCE HOT-SELLER NEWSPAPER NOW ONLY ABLE TO SELL 833 COPIES A DAY COMPARED TO 25,000 BEFORE AS SUPPORTERS START TO FLEE HADI’S MADCAP, OUT-OF-TOUCH WITH REALITY LEADERSHIP

PAS Dekat Nak Padam – Harakah Jual 833 Naskah Sahaja Sehari.

Muktamar PAS ke-66 kecewa Harakah kurang mendapat sambutan
  • ia tidak lagi menjadi media yang sesuai 
  • penjualan Harakah 25,000 nashkah sebulan  (Silap eja naskah)
  • Harakah boleh cetak 50,000 naskhah  (Silap eja naskah lagi)
  • PAS mengingatkan penyokongnya menyokong Harakah
  • menyeru Muktamar baca Harakah selepas sembahyang subuh tiap hari
  • Kalau kita tidak sokong siapa lagi nak sokong
  • Harakah terpalit hutang RM3 juta tidak dilunaskan kepada pencetak
  • memerlukan masa untuk menyelesaikan hutang berkenaan

My comments :  PAS adalah parti dinosaur gua kelawar. Pemimpin mereka lapuk tua bangka dan kentut tua.  Jadi berlaku ‘dis-connect’ antara dinosaur gua kelawar ini dan realiti hidup harian dalam negara kita. They are out of touch with reality.

Tetapi mereka tidak boleh melihat dis-connect mereka ini. 

Orang Pas sepertimana disebut dalam al Quran ‘summun, buk-mun um-yun’ (pekak, bisu dan buta).  Lost touch with reality.

Maka Harakah – lidah rasmi parti – pun hanya boleh jual 833 naskah setiap hari.  Ahli parti sendiri tidak mahu baca lidah rasmi Pas. Habis macam mana pula orang lain mahu baca Harakah untuk faham mesej Pas? Padam lah Pas.

Sebab itu lah Pas tidak ditawarkan sebarang kerusi untuk bertanding PRN Sabah ini. Pas sudah ketinggalan zaman. 

Tetapi bagaimana pula reaksi dinosaur gua kelawar Pas? Sila tengok jawapan mereka ini :

 

 

Nauzubillah. Nauzubillah.   Dinosaur ini kecewa orang Sabah tidak dapat undi Pas untuk ke syurga !!  Takabbur sungguh dinosaur ini. Sampai hati berkata orang lain tiada peluang masuk syurga. 

Kepada Puan Dinosaur daripada Dewan Muslimat Pas, sila ambil perhatian ok.   Dulu ada juga orang lain yang sifat takabbur.   Mereka pernah berkata akhirat itu hanya bagi mereka, orang lain tak ada peluang.  

Allah swt dan Rasul kita memberi jawapan yang tepat kepada  orang yang sebegini rupa  : 

Surah Al Baqarah 2:94

Al Baqarah 2:94 – Katakanlah, “Kalau negeri akhirat itu menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar”.

English translation Surah 2:94 – Say,  “If the home of the Hereafter with Allah is for you alone and not the [other] people, then wish for death, if you should be truthful.

Jadi kalau Puan rasa akhirat itu untuk Puan dan pengundi Pas sahaja dan bukan untuk orang lain yang TIDAK mengundi Pas, jadi solutionnya sangat cantik : why not mati sajalah sekarang juga? 

Allah swt dan RasulNya beri cadangan :  fataman-nau al mawta (cita-citakanlah kamu mati sekarang juga)

Tunggu apa lagi? 

Jadi sdra-sdri Pas inilah antara contoh pemikiran dinosaur gua kelawar yang masih menghantui falsafah parti anda. Sehingga ahli Pas pun sudah fed up membaca Harakah – lidah rasmi Pas. Hanya boleh jual 833 naskah sahaja sehari.

Pas perlukan satu kelahiran semula. Tinggalkanlah kepercayaan kepada dongeng dan khurafat. Percayalah dan peganglah kepada Al Quran dengan segala kekuatan yang ada dalam tangan anda.  Saya jamin Pas bukan saja boleh memerintah negara bahkan boleh menggoncang dunia.

(Pas yang ada sekarang ini boleh menggoncang juga tetapi bukan dunia. Daun sireh pun tak goncang.) 

Kalau sdra sdri Pas sudi saya volunteer jadi presiden Pas untuk LIMA TAHUN. Secara experimental. Kita pergi beramai-ramai ke kedai dobi layan diri, kita masuk syiling RM4.50 dan cuci otak sekali. Ada pilihan wash cycle, rinse cycle dsbnya. Kita tekan “brainwash cycle”.  

Bergurau sahaja ok. Blood sugar menurun. Time for lunch kut. 

Wa akhirul kalam Pas sudah jauh terpesong. Sangat jauh. Dari dulu sampai sekarang Pas tidak relevan. Memerintah Kelantan 30 tahun pun orang Kelantan termiskin dalam negara kita. Sekarang jadi lagi miskin sebab kedai tomyam di Kolompo semua sudah tutup. Duit minyak Kerajaan pun sudah kurang. Anak-anak Kelantan tak ada duit untuk hantar ke ibu bapa. 

Jangan risau. Esok masih ada. Tinggalkan khurafat dan dongeng. Peganglah teguh kepada Al Quran. Tuan-tuan akan menjadi ‘unstoppable’.

-http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

.