UMNO TRAPPED IN A PENTAGON OF DOOM – NO WONDER MUHYIDDIN DARES THUMB NOSE AT NAJIB & ZAHID: SPLIT INTO 5 FRACTIOUS & JEALOUSY-RIDDEN CAMPS – HOW COULD NAJIB, ZAHID, MAT HASSAN, HISHAM & KU LI GANG EVER PUT ASIDE SELF-INTERESTS TO REVIVE THEIR OWN PARTY – LET ALONE FIGHT HIM!

UMNO Pecah Lima, Najib Presiden Pertama Dipenjara, Wak Jahid Presiden Pertama Tak Jadi PM.

Zahid announced Umno will not join PN 
decision made at Umno Supreme Council on July 24
but UMNO will support PN to form federal govt 
 
PPBM downplays Zahid’s announcement  
most of UMNO’s MPs are “with us”.
only those with court cases do not want to join PN
 
Zahid said Muhyiddin interested to join Muafakat Nasional
PPBM denied joining Muafakat Nasional (Umno / PAS)
certain quarters applying political pressure on Muhyiddin 
 
PN being registered as political entity with RoS
Umno not included.
MIC and a few others are there
My comments :  
 
Wak Jahid nak duduk dalam Kerajaan PN tetapi tak mahu jadi ahli PN.
Omputih kata ‘he wants to eat his cake and have it too’ (this is the correct version).
  • Wak Jahid sekarang menjadi 1st UMNO president yang tidak jadi PM 
  • Semua presiden UMNO sebelum ini sudah jadi PM 
  • Tetapi hanya Wak Jahid tak boleh jadi perdana menteri.
  • Ini menjadi bukti bahawa Wak Jahid tidak mempunyai sokongan  akar umbi.
Wak Jahid jadi Timbalan Perdana Menteri dan timbalan presiden UMNO pun secara pemain ganti (replacement player) apabila Tan Sri Muhyiddin dipecat oleh Najib.
 
Kemudian apabila Najib pula resign sebagai president UMNO (akibat kalah teruk PRU18) maka sekali lagi Wak Jahid menjadi pemain ganti – jadi presiden parti yang baru kalah. 
 
Sekarang Wak Jahid menghadapi risiko besar dengan pengumuman bahawa UMNO tidak akan menyertai PN.  
 
Sebab bukan semua pemimpin dan ahli UMNO setuju. 
Wak Jahid tidak ada sokongan di peringkat akar umbi.
Wak Jahid akan tanggung kemaluan besar jika UMNO tidak sokong 100% keputusan dia untuk tidak sertai PN.  UMNO akan pecah lagi.
UMNO sekarang dikatakan sudah pecah lima. 
 
1.  Geng Najib masih berpengaruh dalam parti UMNO. Walaupun Najib kalah PRU14 dan kena buang sebagai presiden UMNO pada 2018 sisa-sisa penyokong Najib masih mempunyai pengaruh terbesar dalam parti itu. Tetapi sekarang dengan terkena hukuman penjara 12 tahun maka bateri Najib pun sudah mati dan tidak ada charger yang boleh recharge bateri Najib lagi. 
 
Lebih baik bagi UMNO kutip sisa-sisa penyokong Najib dan ditongsampahkan sahaja. They are a liability. 
2. Geng Wak Jahid. Mereka masih mengalami masalah komunikasi sebab bukan saja bahasa lain-lain (“pengungsi saka dadi presiden partai pak”) tetapi ada yang berfikiran bahawa tunjuk penumbuk dan tunjuk jari tengah adalah sebahagian daripada sign language.  Lagipun bilangan penyokong Wak Jahid sangat sedikit.
 
3. Geng Mohamed Hassan (dan mungkin Khairy Jamaludin).
 
Mohamed Hassan aka Mat Hassan aka Tok Mat (ex Maybanker macam saya) adalah dark horse UMNO yang juga diminati pemerhati Republik Singapura. 
 
Tok Mat very clever. Bila YM Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaludin masuk bertanding presiden UMNO (mencabar Wak Jahid post May 2018) Tok Mat tak masuk bertanding presiden. Too early dan juga keadaan tidak menentu. Tok Mat jadi Timbalan Presiden. Strategi Tok Mat was correct. 
 
Bila Wak Jahid cuti hampir setahun (sebab sudah kena kes rasuah di mahkamah) Tok Mati jadi pemangku Presiden UMNO.  Bagus juga Tok Mat muncul sebagai fighter. 
 
Penyokong Najib dan Wak Jahid pun cemas.  Dan ahli UMNO lebih suka duit RM50, bercumbu dengan PAS, sokong bossku dsbnya.  So Tok Mat disuruh balik duduk atas kerusi Nombor 2.  Wak Jahid kembali jadi presiden of the Party of Doom. The Party of Dunggu. 
 
Jadi Tok Mat tidak diberi perhatian yang sepatutnya. 
 
4. Geng H2O atau Hishamuddin Hussein Onn dengan 30 ahli Parlimennya (sekarang dikatakan sudah menurun jadi 16? atau 20?)
 
H2O telah lepas banyak peluang untuk grab the bull by the horns.  Itu saja.
 
5. Geng veteran, saf yang lama termasuk YM Tengku Razaleigh
 
Walaupun tidak dikira sebagai saf yang terdepan tetapi geng veteran masih mempunyai pengikut dan penyokong yang boleh jadi kingmaker dalam UMNO. 
 
Dan sekarang tanpa mempunyai ‘clear cut leader’ dalam parti UMNO dan parti sudah pecah jadi lima pecahan dsbnya, pemimpin peringkat negeri dan daerah pun timbul balik menjadi kingmaker dalam parti itu.
 
There are no more huge power blocs in UMNO. 
Sesiapa pun pemimpin yang mempunyai penyokong yang setia boleh menjadi kingmaker.
 
Itulah sedikit cerita UMNO sekarang. 
 
Malangnya bagi Wak Jahid dia tidak mempunyai sokongan yang penuh atau padu dalam parti UMNO. 
 
Najib (dan penyokongnya) sudah jadi abu dan debu. 
 
H20 mempunyai masa yang sangat terhad. 
 
Mungkin sudah tiba masa bagi ahli parti beri sokongan lebih padu kepada Tok Mat. 
Dasar-dasar lama (ketuanan Melayu, politik samseng, politik wang, pemimpin jadi jutawan, beli undi dengan RM50 semua itu perlu dibuang.)  
 
UMNO perlu completely overhaul dan completely restart engine. 
Tanpa complete overhaul dasar-dasar politik ini UMNO tidak boleh keluar daripada lubang becak (mudhole) . Percayalah. 
 
Jika UMNO tidak tongsampahkan dasar-dasar politik yang dangkal maka UMNO akan kekal dalam kedudukan sekarang – failure atau dalam kegagalan.
 
Akhir kalam – apa itu kebodohan? 
Atau itu kedungguan? 
Atau kurang siuman atau insanity ?
What is insanity?
 
 
Sejak 50 tahun yang sudah UMNO mengikuti dasar yang salah. 
Dasar pendidikan, dasar ekonomi baru (konon), dasar keagamaan dan banyak dasar lagi semuanya salah.
 
Macam mana kita tahu dasar UMNO semua salah? Apa buktinya?
UMNO sudah kalah. Pengundi sudah tolak UMNO.
Presiden lama sudah kena penjara. 
Presiden sekarang pun tak lama lagi (kemungkinan besar) bakal masuk penjara. 
UMNO is dead. 
 
Kalaulah UMNO tidak mahu tukar semua dasar-dasar nya maksudnya UMNO akan kekal dalam keadaan ‘cannot deliver’ mode.
 
Maksudnya budak GrabFood gagal hantar makanan kepada keluarga yang perlukannya. Anak bini lapar.
Maksudnya syarikat kurier gagal hantar bungkusan ubat kepada orang yang perlukannya.  Sakit ayah jadi lagi kronik. 
 
Mustahil bagi UMNO upah tukang baca doa pula (PAS), cukup dengan niat dan tajwid yang lengkap, dengan tekad dan gigih dalam perjuangan tetapi mengulangi dasar-dasar yang sama yang telah proven gagal.
 
Dan mengharapkan “different results”. 
Tak payah tukar dunggu tetapi kali ini saja, kut-kut usaha kita akan bawa hasil. 
It does not work that way.
(Soalan : Ok kalau semua dasar salah macam mana pula UMNO boleh survive selama 50 tahun?
Jawapannya senang :  Duit minyak.  Dia ambil duit minyak kemudian dia tampal semua retak, belah, bocor dan lopak. Senang saja. 
 
Proton bankrap tiga kali – tampal dengan duit minyak.
MAS bankrap entah berapa kali – tampal dengan duit minyak.
Bank Bumi bankrap sampai mati – tampal dengan duit minyak.
Nak sambung jambatan Pulau Pinang – pateri dengan duit minyak.
Felda hampir nak bankrap – tampal dengan duit minyak.
Cyberjaya nampak sakit – cat dengan duit minyak.
 
Sekarang duit minyak sudah tipis. No more easy money. Sudah tak boleh tampal bocor dah.)
 
Jadi kalau UMNO mahu hidup balik, UMNO mesti tukar kesemua dasar lama. 
Mesti ditukar 100%.
  
UMNO kena pilih – “hidup atau mati”.
Jangan pilih ‘atau’.

-http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

.