WHAT ARE NAJIB & KU LI WAITING FOR? WHY DOESN’T UMNO PULL OUT NOW & PAVE WAY FOR SNAP GE? KENAPA TIDAK UMUM SAJA TARIK SOKONGAN SEKARANG?

Sekurang-kurangnya tiga pemimpin UMNO bergelar Ahli Parlimen setakat ini telah bersuara tentang perlunya pilihanraya semula diadakan segera berikutan kedudukan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dilihat tidak stabil dan bila-bila masa boleh tumbang.

Mereka ialah Najib Razak (Pekan), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Yang bukan wakil rakyat, antaranya ialah Johari Ghani, Pengerusi UMNO WP yang mengatakan kerajaan yang memiliki majoriti tipis tidak akan meyakinkan para pelabur.

Berdasarkan undian menukar Speaker Parlimen yang diusulkan Muhyiddin baru-baru ini, PN hanya mempunyai majoriti dua undi berbanding blok pembangkang.

Kedudukan majoriti setipis ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan sebelum ini, sekaligus menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri paling rapuh kedudukannya.

Dalam hal ini, benarkah UMNO mahu pilihanraya semula?

Jika benar, kenapa mereka tidak umum saja penarikan sokongan dan tidak lagi menyokong Muhyiddin dengan segera?

Buat apa bising-bising konon mahu pilihanraya semula, tapi takut untuk bertindak yang membolehkankan Parlimen dibubarkan?

Apakah mereka berharap dengan bersuara itu akan membuatkan Muhyiddin membubarkan Parlimen?

Ohhhh…janganlah bermimpi!!

Dengan kedudukannya sekarang, Bersatu sedang berpecah dan kerusi untuk partinya juga tidak menentu, selagi boleh Muhyiddin akan berusaha mengelak daripada mengadakan pilihanraya semula.

Untuk itu, bagi UMNO, mereka seharusnya memaksa Muhyiddin agar membubarkan Parlimen iaitu dengan dua tiga Ahli Parlimennya mengumumkan penarikan sokongan.

Lagi pun, kalau benar UMNO mahu pemimpin mereka sendiri menjadi Perdana Menteri, inilah masanya untuk bertindak ke arah itu?

Malah, jika ada pemimpin UMNO yang berani bertindak menarik sokongan bagi membolehkan pilihanraya semula diadakan, mereka itulah hero yang akan disanjung rakyat.

Siapa yang berani melakukannya, tidak mustahil merekalah juga calon Perdana Menteri daripada UMNO yang dicari-cari ketika ini.

Najib, Ku Li – tunggu apa lagi?

-https://shahbudindotcom.net/

.