MUHYIDDIN CALLED OUT FOR SHAMELESS BOAST – HE WON WITHOUT CONTEST – OR WON BECAUSE HE FEARED TO CONTEST: MUHYIDDIN MENANG TANPA BERTANDING ATAU MENANG TAKUT BERTANDING?

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden Bersatu.

Ini berikutan beliau merupakan calon tunggal bagi jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan selepas Mukhriz Mahathir yang sepatutnya mencabar beliau telah dipecat daripada Bersatu.

Turut menang tanpa bertanding adalah Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga menjadi calon tunggal jawatan Timbalan Presiden Bersatu.

Pencabar yang sepatutnya bagi kerusi nombor nombor dua itu, Marzuki Yahya juga dipecat daripada Bersatu.

Selain Mukhriz dan Marzuki, semua penentang Muhyiddin termasuk Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad, Ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Mazlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipecat daripada Bersatu.

Semakan di laman sesawang rasmi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu menyatakan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu masing-masing hanya mempunyai seorang calon saja.

Pengerusi JPP Bersatu, Syed Hamid Albar ketika dihubungi Bernama berkata, pengumuman secara rasmi mengenai perkara itu akan dibuat selepas kesemua Bahagian Bersatu selesai mengadakan mesyuaratnya yang dijangka Ogos ini.

“Secara rasmi tiada calon lain bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kerana pencalonan sudah ditutup, namun pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas selesai mesyuarat bahagian-bahagian,” katanya.

Ehhhh…yang sebetulnya Muhyiddin dan Ahmad Faizal atau Peja ini menang tanpa bertanding atau menang kerana takut bertanding?

-https://shahbudindotcom.net/

.