CONGRATS MAHATHIR! AND DOUBLE CONGRATS ANWAR & PAKATAN – FINALLY YOU WILL SEE MAHATHIR, MUHYIDDIN & SHAFIE SHOWING THEIR TRUE COLORS & RUNNING BACK TO UMNO: TAHNIAH BUAT MAHATHIR

Difahamkan Mahathir, mantan PM kerajaan PH yang telah melepaskan jawatan sehingga menyumbang kejatuhan kerajaan PH dan dipecat dari Bersatu telah mengumumkan kumpulannya seramai 6 MP dan parti Warisan Sabah telah menubuhkan blok Bebas dan tidak lagi terikat dengan PH Plus.

Pengumuman Mahathir ini merupakan seribu rahmat buat PH kerana kita tidak lagi di’ganggu’ oleh sang saka ini.

Tahniah buat Keadilan kerana kekal berprinsip dan masih kukuh menggigit erat mandat rakyat yang dberikan pada PRU14 yang lalu yang menamakan Anwar sebagai PM selepas Mahathir, tiada calon lain yang boleh kita reka-reka lagi.

Kita telah tunaikan janji kita iaitu meletakkan Mahathir di posisi PM walaupun partinya merupakan parti tercorot di dalam PH yang hanya mendapat 13 Kerusi Parlimen daripada 52 Kerusi yang diberikan kepada Bersatu ketika itu, manakala Kak Wan kita tempatkan di posisi TPM.

Apabila Mahathir dengan sengaja dan sedar telah meletakkan jawatan PM tanpa berbincang dengan rakan2 di dalam PH atas alasan tidak lagi disokong oleh partinya Bersatu, maka tindakan Mahathir itu memudahkan lagi laluan pengkhianat untuk menebuk atap bagi merampas kerajaan dari PH yang telah mendapat mandat rakyat ini.

Ertinya, Mahathir tidak lagi mahu menjadi PM di dalam kerajaan PH. Beliau tidak dipecat tetapi memecat dirinya sendiri.

Apakah langkah beliau selepas itu? Beliau cuba khianati PH dan mandat rakyat apabila mahu menjadi PM semula tetapi bukan atas nama PH, sebaliknya kerajaan perpaduan.

Cubaan untuk membunuh PH itu gagal kerana tidak disokong bukan sahaja oleh PH tetapi oleh Umno dan Pas.

Akhirnya, tanpa ada rasa malu dan bersalah, Mahathir ingin merujuk semula kepada PH tetapi tetap mahu menjadi PM untuk kali ketiga yang mana cita-cita seperti ini diktator gila pun tidak terfikir mahu berbuat demikian.

Rakyat memberi mandat kepada PH dahulu bukan untuk Mahathir menjadi PM dua kali di bawah PH.

Ahamdulillah, Anwar tidak terliur dengan tawaran untuk menjadi TPM walaupun kononnya hanya 6 bulan, selepas itu Anwar akan menjadi PM.

Anwar mungkin mengenali Mahathir sepertimana kita mengenali Abdullah bin Ubai. Anwar telah terlalu banyak bersabar dan bertolak ansur dengan orang tua ini sehingga beralah diasak sampai ke dinding.

Cuba sebut satu sahaja tolak ansur dan beralah Mahathir kepada Anwar?

Ada?

Tindakan Anwar yang kekal berprinsip dan tidak mahu terjerat dengan modal kononnya ‘mandat rakyat’ mesti dikembalikan dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengangkat kembali orang tua yang telah cuba untuk memusnahkan PH, tindakan Anwar ini patut mendapat pujian.

Maruah tidak boleh digadaikan degan tawaran jawatan.

Mahathir menyatakan blok Bebas beliau itu tetap akan menentang kerajaan PN. Tidak pelik kerana beliau amat berdendam dengan Muhyidin yang telah memecatnya secara begitu mengaibkan dengan hanya sekeping surat dari SUK parti.

Ini amat memalukan Mahathir sebab itu beliau mahu juga menjadi PM walaupun selama 6 bulan iaitu satu tempoh yang menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Tempuh itu hanya sesuai untuk latihan rekrut tentera di Port Dickson sahaja bukannya seorang PM, tetapi cukup untuk Mahathir melepaskan dendamnya kepada Muhyidin.

Itu sahaja nawaitu beliau, bukan untuk kepentingan rakyat pun.

Di dalam pertarungan Mahathir – Anwar kali ini ternyata Mahathir tewas sehingga terpaksa akui Anwar bukannya seperti sesetengah pemimpin yang kemaruk kepada kuasa dan jawatan.

Akhirnya Mahathir sekali lagi tanpa dipecat dan dihalau, terpaksa keluar dari PH Plus. Itulah yang beliau lakukan sewaktu meletakkan jawatannya dahulu.

WFAUZDIN NS

https://shahbudindotcom.net/

.