AS UMNO BAYS FOR BLOOD & POSITIONS – MUHYIDDIN WILL HAVE TO DEMOTE AZMIN QUICKLY – AND LATEST CMCO FIASCO IS THE PERFECT EXCUSE: MUHYIDDIN DIMALUKAN SEMBILAN NEGERI, AZMIN ‘LAZY MINISTER’ PATUT DILUCUT SEBAGAI MENTERI KANAN

Keengganan sembilan negeri mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang diumumkan Muhyiddin Yassin benar-benar suatu keadaan yang memalukan kerajaan pusat.

Ia memberi gambaran kedudukan Muhyiddin langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri-negeri terbabit iaitu .

Yang peliknya, bukan saja kerajaan negeri PH yang menolak PKPB itu, malah juga termasuk kerajaan negeri PN sendiri.

Di mana salahnya semua ini?

Sebagaimana yang telah disebut oleh beberapa pemimpin UMNO, pihak yang salah sehingga Muhyiddin dimalukan ini adalah kerana gagalnya Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali dalam menyelaras hubungan antara negeri dan pusat sebelum atau sebaik PKPB itu dilaksanakan.

Jika semua ketua kerajaan negeri diajak berbincang dan dipanggil bermesyuarat untuk diminta pandangan mereka berkaitan PKPB, soal ketidakpatuhan ini pasti tidak berlaku.

Sebenarnya tindakan tidak mengajak kerajaan negeri berbincang ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN.

Ketika awal PKP dikuatkuasakan dahulu, semua negeri-negeri pembangkang tidak dijemput bermesyuarat, sebaliknya hanya kerajaan negeri PN saja yang dijemput.

Berikutan kecaman pelbagai pihak ketika itu, KSN kemudian telah merelakan dirinya sebagai “kambing hitam” dengan mengakui ia sebagai kecuaiannya serta turut memohon maaf.

Tetapi, dalam kes sembilan kerajaan negeri tidak mahu akur dengan keputusan pusat melaksanakan PKPB ini, bukan saja tiada kambing hitam dan tiada kata maaf, malah Azmin nampaknya tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Lebih buruk, beliau seterusnya memberi kata-kata ancaman kepada kerajaan negeri yang enggan melaksanakan PKPB itu bahawa mereka boleh disaman oleh pihak industri.

Adakah kerajaan negeri takut kena saman atau pihak industri yang lebih takut mahu menyaman kerajaan negeri?

Ternampak di sini Azmin seorang yang ego, sombong serta seolah-olah cuba menghasut pihak industri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri untuk menutup kegagalannya menyelaras dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum PKPB dikuatkuasakan.

Beginikah gaya dan lagak seorang menteri kanan?

Apakah beliau hanya melihat dari sudut arahan pusat yang sah dan hak industri menyaman saja tanpa mengambil kira kerajaan negeri juga ada hak bersama seperti mengawal wabak dan menjaga kesihatan rakyat untuk tidak mematuhi PKPB?

Yang nyata, episod memalukan kerajaan pusat dan Muhyiddin ini menggambarkan Azmin tidak layak sama sekali diberi tanggungjawab sebagai menteri kanan.

Sebelum ini, beliau pernah dikecam apabila mengumumkan kedai gunting rambut akan dibenarkan beroperasi di peringkat pertengahan PKP dilaksanakan sehingga Kementerian Kesihatan menolak idea tersebut, lalu akhirnya terpaksa dibatalkan.

Bermakna sudah dua kali Azmin mengalami kegagalan hanya dalam tempoh tidak sampai dua bulan menjadi menteri kanan.

Diimbas kedudukannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini, jika diperhatikan tiada apa pun yang dilakukannya yang boleh dibanggakan.

Beliau lebih terlihat lebih sebagai “Menteri Hal Ehwal Politik” dengan kerjanya asyik berpolitik dan ingin berkhianat saja terhadap PH dan kalau ada pun perkara diingati yang dilakukannya semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia hanyalah berkenaan “video Haziq” di Sandakan, selain meletakkan dirinya sebagai menteri pengiring serta pengampu kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Lebih daripada itu, tiada apa-apa sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara pernah dilakukannya.

Dengan itu, Muhyiddin seharusnya tidak perlu menunggu lama untuk menilai bahawa Azmin tidak layak berperanan sebagai menteri kanan yang beliau harap-harapkan.

Selain dilabel banyak pihak di Putrajaya ketika era PH sebagai “lazy minister”, imejnya yang jijik lantaran “video Haziq” juga hanya akan membawa lebih banyak kemudaratan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin yang dikenali sebagai anak ulama serta dibanggakan ramai kerana pandai membaca doa.

UMNO pula sebagai pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam PN jelas tidak senang, malah tidak akan berkompromi dalam memperlekeh Azmin.

Lalu, untuk apa lagi Muhyiddin perlu mengekalkannya sebagai menteri kanan?

-https://shahbudindotcom.net/

.