SLEEPLESS NIGHTS AHEAD FOR MUHYIDDIN – WHEN WILL THE ‘CHOP’ COME! PAKATAN KINI SUDAH BERGABUNG DENGAN BERSATU, WARISAN TUNTUT SIDANG PARLIMEN PENUH

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Bersatu dan Warisan mengambil maklum keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei 2020.

Keputusan ini bermakna pada perkiraan kerajaan wabak Covid-19 semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai pelitup muka, serta melakukan saringan Covid-19 bagi Ahli-Ahli Parlimen.

Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan, dan memandangkan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang telah diumumkan.

Persidangan yang lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam, serta membolehkan Ahli-Ahli Jemaah Menteri melaksana agenda legislatif Kementerian masing-masing.

Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksana sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu.

YB Tun Dr Mahathir Mohamad

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YB Dato’ Seri Shafie Apdal

Parti Warisan Sabah (WARISAN)

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP).

-https://shahbudindotcom.net/

.