MUHYIDDIN LEFT WITH ONLY HIS UNDERPANTS ON! WITH MOST MCO RESTRICTIONS LIFTED – WHAT EXCUSES DOES MUHYIDDIN HAVE NOT TO LET PARLIAMENT ‘OPERATE FULLY’: JIKA SEKTOR EKONOMI DIBENAR BEROPERASI, PARLIMEN WAJIB BERSIDANG PENUH

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum pendirian Kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh bermula 29 April tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan.

Dalam keadaan lengkuk wabak Covid-19 mulai landai dan semakin ramai yang dijangkiti beransur pulih, kebenaran ini adalah satu langkah yang dialu-alukan namun perlu dilaksana dengan waspada dan berhati-hati.

Kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara amatlah besar, di mana begitu banyak syarikat perniagaan kehilangan pendapatan dan ramai yang mungkin kehilangan pekerjaan.

Majlis Peguam serta persatuan-persatuan perniagaan juga telah menggesa beberapa akta dipinda atau undang-undang baharu digubal bagi menangani masalah dan memastikan sektor ekonomi dapat berjalan dengan baik.

Masalah-masalah Rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan Kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

Oleh itu, Majlis Presiden berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh. SOP yang telah ditetapkan Dewan Rakyat bagi membolehkan sidang Parlimen berjalan pada 18 Mei membolehkan sidang Parlimen diteruskan seperti biasa lebih dari satu hari yang diumumkan.

Majlis Presiden turut menggesa agar beberapa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi membolehkan Parlimen terus bersidang, termasuk secara dalam talian dan dengan jumlah Ahli Parlimen yang berkurangan tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing.

YB DS Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

-https://shahbudindotcom.net/

.