OMG! COPY-CAT NAJIB ALSO GOES SHOPPING AT THE SUPERMARKETS AFTER SEEING ANWAR & MUHYIDDIN CHECKING UP ON COVID-19 SITUATION: SIAPA LEBIH BERPENGARUH?

Jumaat lalu, sebagai ketua keluarga, Anwar Ibrahim menunaikan tanggungjawabnya pergi membeli barang-barang keperluan harian di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Ia berikutan langkah kerajaan memperketatkan lagi penguatkuasaan PKP di mana hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan.

Lain-lain ahli keluarga dikehendaki tetap berada di rumah bagi mengekang penyebaran virus Covid-19 daripada terus merebak.

Semalam, Sabtu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak pula pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan harian bagi keluarganya.

Dalam postingnya, walaupun cuba bernada sinis dengan menggelar dirinya seperti” penyamun” kerana memakai topeng muka, Najib mengakui pemergiannya ke pasaraya adalah kerana meniru apa yang telah Anwar lakukan sehari sebelum itu.

Hari ini, Ahad, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula turut pergi ke pasaraya membeli barang-barang keperluan harian.

Katanya, beliau pergi ke pasaraya adalah untuk membeli sedikit barang-barang sambil melihat-lihat amalan penjarakan sosial di kalangan orangramai.

Walaupun tidak menyebut beliau meniru perlakuan sesiapa, tetapi tentulah ilham turun ke pasaraya itu datang setelah melihat Anwar dan selepas itu Najib melakukannya lebih dulu.

Maka, siapa boss sebenarnya?

Perlakuan dan pengaruh siapa yang masih ditakuti dan ingin ditiru?

-https://shahbudindotcom.net/

.