MUHYIDDIN SHIVERS – MAHATHIR ACCEPTS HIS ‘WAR’ CHALLENGE – DESPITE COVID-19 ‘LOCKDOWN’: AJAKAN ‘PERANG’ MUHYIDDIN SUDAH DISAMBUT MAHATHIR, WALAU DI KETIKA LARANGAN PERGERAKAN DIKUATKUASA

Tengahari tadi tersebar laporan media yang menyebut Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah memecat Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agung parti itu.

Surat pemecatan itu bertarikh 18 Mac, tetapi dikatakan hanya disampaikan kepada Marzuki pada semalam iaitu 19 Mac 2020.

Ini bermakna pemecatan Marzuki bersamaan dengan hari bermulanya perintah kawalan pergerakan kepada seluruh rakyat negara ini berikutan ancaman wabak Covid-19.

Arahan kawalan pergerakan berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini.

Dengan itu, di kala Muhyiddin sendiri menguatkuasakan perintah duduk di rumah kepada rakyat, apakah wajar beliau melakukan pemecatan dalam part Bersatu?

Bukankan dalam tempoh dua minggu ini sepatutnya semua rakyat bersatu hati bersama dengan kerajaan menangani wabak Covid-19 dan mengelakkan sesuatu tindakan politik?

Tetapi, mengapa Muhyiddin sendiri seperti mengajak Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pengerusi dan para penyokongnya untuk bergaduh, berbalah dan berperang dengan beliau melalui tindakan memecat Marzuki itu?

Tidak bolehkah tindakan memecat Marzuki dilakukan selepas 31 Mac nanti?

Begitu pun, ajakan bergaduh, berbalah dan berperang oleh Muhyiddin itu tidak mengambil masa yang lama untuk disambut oleh Tun Mahathir.

Dalam suratnya kepada Muhyiddin bertarikh 20 Mac iaitu hari ini, beliau dengan tegas membantah dan mengatakan pemecatan Marzuki itu adalah tidak sah.

Ini kerana, menurut Tun Mahathir, beliau tidak pernah diajak sama sekali berunding oleh Muhyiddin berhubung pemecatan itu, walhal menurut Perlembagaan Bersatu, perkara itu mesti dirunding dengan beliau selaku Pengerusi Bersatu terlebih dahulu.

Maka, apa jadi selepas ini?

Apakah pergolakan dalam Bersatu menjelang pemilihan pada Jun depan akan bertambah panas?

Apakah tindakan pemecatan ini akan menambahkan lagi semangat Tun Mahathir untuk memastikan anaknya, Mukhriz Mahathir menang berlawan dengan Muhyiddin?

Apakah dalam sehari dua dan minggu seterusnya sebelum 31 Mac ini di mana kita semua disekat keluar rumah, tetapi perang politik antara Muhyiddin dan Tun Mahathir sudah mula menggila dan lebih dahsyat daripada ancaman Covid-19?

-https://shahbudindotcom.net/

.