ONLY THE VERY FOOLISH IN UMNO-PAS WILL BELIEVE MAHATHIR, AZMIN CARTEL & MUHYIDDIN WILL WAIT TILL GE15 FOR BERSATU TO BE SHUNNED & DEFEATED – FOR SURE, THEY WILL ACT BEFOREHAND WHEN UMNO-PAS LEAST EXPECTS IT: BERSATU DIPINGGIRKAN, BAKAL TANDING SENDIRIAN DALAM PRU AKAN DATANG?

Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa perasaan tidak puas hati UMNO terhadap Muhyiddin Yassin, khususnya berkaitan perlantikan anggota kabinet yang disifatkan tidak adil terhadap parti itu, jelas makin merata ketika ini.

Semua pimpinan kanan UMNO, termasuk Presiden, Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad Hassan; Naib Presiden, Khaled Nordin; bekas Presiden, Najib Razak dan beberapa ahli MT sudah pun meluahkan perasaan tidak senang hati mereka secara terbuka terhadap Muhyiddin.

Tetapi, sejauh mana UMNO sedia meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini sebagai tindak balas paling wajar berikutan perasaan tidak puas hati itu nampaknya masih lagi menjadi tanda tanya.

Terlihat kecenderungan untuk UMNO terus kekal dalam kerajaan PN ini sehingga PRU15 akan datang, walaupun diselubungi perasaan tidak gembira yang kian nyata.

Zahid Hamidi misalnya berkata, UMNO komited untuk terus memberikan sokongan dan mempertahankan kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin Yassin ini sehingga PRU15 akan datang.

Beliau berkata, sokongan UMNO kepada Muhyiddin sehingga terbentuknya kerajaan baharu pada 1 Mac lepas adalah semata-mata sebagai tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus terbelenggu dengan krisis politik lantaran terbubarnya kerajaan PH susulan peletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, UMNO akan meneruskan agenda utama memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan-rakan PAS selain memperkukuhkan Barisan Nasional bersama rakan-rakan komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat BN pula berkata,

sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada batasannya.

“Ramai yang mungkin tak faham bahawa kerajaan PN hari ini bukan kerajaan Muafakat Nasional ataupun kerajaan BN.

“Sebab itu, sokongan kita kepada kerajaan PN ada hadnya,” kata beliau.

Najib seterusnya menegaskan, “Kita hanya pertahankan kerajaan PN ini sehingga PRU15 saja.”

Berdasarkan rasa tidak puas hati ramai pemimpin UMNO terhadap susunan kabinet Muhyiddin yang dilihat memingkirkan parti itu serta kenyataan Zahid Hamidi dan Najib bahawa sokongan UMNO kepada PN hanya sehingga PRU15 saja dan mereka komited untuk terus memperkukuhkaj Muafakat Nasional bersama Pas, jelas bahawa Muhyiddin dan Bersatu akan ditinggalkan sebaik saja Parlimen dibubarkan.

Dalam erti kata lain, PN ini hanya wujud sehingga PRU15 saja dan ia

tidak akan bertanding sebagai gabungan baru untuk berlawan dengan PH dalam PRU15 akan datang.

Sebaliknya, UMNO, BN dan Pas akan terus komited bersama dalam Muafakat Nasional untuk bertanding sebagai gabungan baru dalam PRU15 akan datang.

Untuk itu, Bersatu yang didalamnya ada Tun Mahathir dan Muhyiddin yang sedang berbalah ketika ini serta kumpulan Azmin Ali dan bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti, mereka akan bertanding bersama siapa dalam PRU15 nanti?

Sementara PH ternampak selesa dianggotai PKR, DAP dan Amanah, manakala Muafakat Nasional merangkumi UMNO, BN dan Pas, adakah Bersatu nanti akan bertanding bersendirian saja?

Apa agaknya nasib Bersatu, Muhyiddin, Azmin dan lain-lain pemimpinnya?

-https://shahbudindotcom.net/

.