UMNO NOW A MERE ‘THIRD CLASS’ PARTY’ IN MUHYIDDIN GOVT- DESPITE UMNO’S SEATS MAJORITY IN NEW PACT, BERSATU’S AZMIN IS DPM – NO WONDER, UMNO IS HOPPING MAD BUT THEY SHOULD SCOLD THEIR OWN BOSSES ZAHID, NAJIB & HISHAM WHO ALREADY GOT WHAT THEY WANTED FROM MUHYIDDIN BUT DID NOT NEGO FOR THE REST: AZMIN KINI UMPAMA TPM, UMNO HANYA KELAS KETIGA DI MATA MUHYIDDIN

Walaupun UMNO menyumbang 39 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN serta memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita-cita Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, kedudukan parti itu nampaknya langsung tidak diberi penghargaan yang sewajarnya.

Kedudukan UMNO dalam PN tidak lebih umpama gerabak keretapi kelas ketiga saja layaknya.

Setelah hanya 16 daripada 39 Ahli Parlimen UMNO saja diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri dan kerusi TPM yang sepatutnya diberikan kepada UMNO telah dikosongkan, penghinaan seterusnya kepada parti itu datang lagi apabila Muhyiddin mengumumkan bahawa Azmin Ali, salah seorang menteri kanan yang dilantiknya akan mempengerusikan mesyuarat kabinet jika beliau tiada dalam negara.

Kata Muhyiddin lagi, hanya jika Azmin juga tiada dalam negara, barulah Ismail Sabri Yaakob, seorang lagi menteri kanan akan mempengeruskan mesyuarat kabinet.

Dalam bahasa yang tidak sukar difahami, walaupun berjawatan menteri kanan bersama empat orang yang lain, pengumuman Muhyiddin itu bermakna Azminlah TPM dalam kerajaan sekarang ini.

Kenapa mesti Azmin yang hanya menyumbang 10 kerusi Parlimen mewakili bekas Ahli-Ahli Parlimen PKR yang diberi keistimewaan itu?

Selain UMNO mewakili blok terbesar Ahli Parlimen, bukankah Ismail Sabri jauh lebih lama dan berpengalaman sebagai menteri berbanding Azmin?

Selain itu, berbanding UMNO yang memiliki 39 kerusi Parlimen, semua Ahli Parlimen blok Azmin yang jumlahnya 10 orang daripada bekas PKR juga turut diberikan jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri oleh Muhyiddin.

Dengan itu, pengumuman Muhyiddin bahawa Azmin akan mempengerusikan mesyuarat kabinet jika beliau tiada, adalah satu lagi penghormatan Muhyiddin kepada golongan pengkhianat, sekaligus menambahkan lagi penghinaannya kepada UMNO.

Lebih daripada itu, melalui keistimewaan ini, Muhyiddin dengan jelas cuba melindungi Azmin yang terkait dengan hubungan seks sejenis, malah diakui oleh bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bahawa bekas Timbalan Presiden PKR itu adalah pasangan seks semburitnya sebagaimana yang terkandung dalam video yang tersebar luas sebelum ini.

Walaupun pihak polis dan Peguam Negara tidak mendakwa Azmin atas alasan video tersebut tidak cukup terang untuk mengenalpasti identiti pelakunya, tetapi sesiapa yang menontonnya pasti tidak berfikir dua kali untuk mengatakan ia adalah Azmin.

Terselamatnya Azmin daripada undang-undang hanyalah kerana ketika itu Tun Mahathir Mohamad dilihat melindunginya berikutan kecenderungan politiknya yang kuat menghentam Anwar Ibrahim.

Begitu pun, sebagaimana yang dilaporkan oleh media, salinan asli “video Haziq” telah pun dihantar kemudiannya kepada pihak polis agar pihak berkuasa terus menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Apakah Muhyiddin tidak sedar perkara ini?

Dalam keadaan sekarang, sebagai anak ulama, apakah Muhyiddin juga tidak dapat menilai bahawa Azmin bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar bersih, tidak saja untuk diberikan jawatan menteri, tetapi juga untuk diberi keistimewaan mempengeruskan mesyuarat kabinet yang membayangkan kedudukannya adalah nombor dua dalam kerajaan PN ketika ini.

Dalam hal ini, apakah UMNO masih tidak sedar dan hanya berdiam diri saja berikutan kedudukannya di mata Muhyiddin adalah semakin jelas hanya sebagai penumpang kelas tiga saja?

Setelah UMNO diberi jawatan yang sedikit dalam kabinet dan menolak untuk melantik Zahid Hamidi sebagai TPM, kini UMNO terus dihina lagi oleh Muhyiddin melalui kuasa Perdana Menteri yang ada dalam tangannnya.

Kalau sebelum ini Zahid Hamidi dikatakan ditolak untuk dijadikan TPM kerana kes mahkamahnya sedang berjalan, dari segi moral, apakah bezanya dengan Azmin yang turut sedang dibicarakan oleh rakyat seluruh dunia kerana perlakuan seks sejenis dan video semburitnya?

-https://shahbudindotcom.net/

.