‘EXTREME STUPIDITY’ FOR PAKATAN TO AGREE – BUT WHAT SAYS MAHATHIR & HIS BERSATU? ‘BODOH SANGAT KALAU PH SETUJU’ – USUL PERCAYA PAS TAK AKAN KE MANA-MANA, TIDAK MUNGKIN DIBENARKAN

Sama seperti usul RUU355 sebelum ini, usul undi percaya Pas untuk membodek Tun Mahathir Mohamad supaya kekal memegang jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal, turut dipercayai tidak akan ke mana-mana akhirnya.

Usul yang janggal yang tidak pernah berlaku selama ini yang mahu dibawa Pas itu pada hakikatnya tidak mungkin dibenarkan oleh kerajaan untuk dibentangkan.

Ini kerana ia tiada keperluan untuk dibawa memandangkan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak pernah tergugat sama sekali.

Semua pihak dalam PH masih menyokong kepimpinan Tun Mahathir, cuma yang dituntut hanyalah peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim yang sudah pun merupakan suatu perjanjian dalam PH.

Ditambah dengan Pas yang turut menyokong kepimpinan Tun Mahathir, ia tambah menjadikan kedudukan Perdana Menteri bertambah kukuh dan semakin tidak logik untuk usul percaya itu mahu dibentangkan.

Beberapa bekas Ahli Parlimen yang ditinjau pendapat mereka juga menyuarakan perkara yang sama.

Kata mereka, urusan berkaitan usul adalah urusan kerajaan dan usul percaya Pas itu tidak masuk akal sama sekali untuk diterima.

Tambah mereka, usul undi percaya kepada Tun Mahathir hanya boleh dibawa oleh parti yang meletakkannya sebagai Perdana Menteri, bukannya oleh parti pembangkang yang secara prinsip adalah menentang Perdana Menteri.

Pembangkang, kalau mahu membawa usul, jelas mereka, ialah usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri.

“Bodoh sangat kalau PH setuju membenarkan Pas membawa usul percaya itu,” tambah seorang bekas Ahli Parlimen BN selama dua penggal ketika ditanya pendapatnya.

Seorang bekas menteri pula berkata, tidak sukar memahami tujuan sebenar usul Pas itu adalah untuk membodek Tun Mahathir serta dalam waktu yang sama bertujuan memecah-belahkan PH bagi memudahkan parti itu bersama UMNO memenangi PRU akan datang.

Kata beliau, walaupun PH berdepan isu peralihan kuasa yang masih tergantung, mereka tidak akan membiarkan gabungan itu terpecah melalui usul Pas itu.

“Tun Mahathir sendiri pun tidak mungkin mahu PH berpecah kerana legasi dan anaknya masih ada di belakang kedudukannya sekarang.

“Langkah terbaik yang akan diambil oleh Tun Mahathir dan PH ialah menyelesaikan isu peralihan kuasa kepada Anwar dengan cara yang terbaik, sambil dalam masa yang sama tidak memberi ruang untuk Pas dan UMNO untuk memenangi PRU akan datang,” jelas bekas menteri itu lagi.

Untuk itu, beliau yakin, usul undi percaya ini hanya akan menjadi mainan di media saja, tetapi tidak akan menjadi kenyataan untuk dibentangkan di Parlimen.

Dalam ertikata lain, kalau RUU355 juga menjadi mainan di media dengan ditangguh demi ditangguh dan hanya dibentangkan di Padang Merbok saja, usul undi percaya ini barangkali tidak lebih sekadar mainan di laman Facebook semata-mata.

-https://shahbudindotcom.net/

.