MAHATHIR STIRS MALAY & NON-MALAY SCORN – WHAT TYPE OF PERSON ARE YOU! TO BE SO UNGRATEFUL TO ANWAR AFTER HE ALLOWS BERSATU TO CONTEST UNDER PKR FLAG & LETTING YOU TAKE FIRST SHIFT AS PM – AND YET SO THANKFUL TO PAS FOR MISCHIEVOUS MOTION AIMED TO SPLIT YOUR OWN COALITION & BETRAY ANWAR? BURUKNYA PERANGAI MAHATHIR, SIKAP BAIK HATI ANWAR TAK DIHARGAI TAPI KERJA JAHAT PAS YANG DIALU-ALUKANNYA

Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen, Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh diperolehi bakal penggantinya di Dewan Rakyat.

Katanya, walaupun beliau berjanji dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, kuasa muktamad akhirnya terletak kepada Parlimen.

“Korner baring” kenyataan Tun Mahathir itu dengan jelas membuktikan beliau berhasrat ingin berkuasa dengan lebih lama dan memungkiri janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya sejak sebelum PRU14 lagi.

Hari ini pula, apabila ditanya wartawan mengenai usul percaya yang bakal dibawa Pas itu, Tun Mahathir dengan rasa gembira yang tidak terselindung, mengucapkan terima kasih kepada “parti Islam yang tidak berwatak islam” itu.

Menurut Tun Mahathir, walaupun tidak tahu menahu mengenai usul itu, beliau tetap mengalu-alukannya.

“Saya tidak tahu apa yang akan mereka (PAS) lakukan.

“Saya sudah menjadi Perdana Menteri. Jika mereka mahu menyokong saya, terima kasihlah,” katanya ringkas.

Benarkah Tun Mahathir tidak tahu menahu mengenai usul Pas itu?

Tidak mungkinkan tindakan Pas membawa usul percaya itu merupakan perkara yang dirancangnya bersama parti Islam itu?

Bukankah beliau beberapa kali berjumpa dengan pemimpin Pas sebelum ini?

Jika tidak tahu menahu, mengapa rentetan peristiwa yang berlaku seolah-olah diatur dengan sempurna?

Dari segi logiknya, sebagai parti pembangkang, Pas sepatutnya mengemukan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan bukannya usul undi percaya.

Usul percaya sebaliknya mesti dikemukakan oleh parti kerajaan yang sedang mendokong Perdana Menteri apabila terdapat sesuatu keadaan yang menyebabkan kerajaan tidak stabil atau kedudukan ketua kerajaan dipertikaikan oleh pembangkang.

Tetapi, apa yang berlaku sekarang memperlihatkan keadaan jadi terbalik kerana pembangkang yang beria-ia memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam hal ini, harus difahami tujuan Pas membawa usul percaya itu hanyalah untuk memecah-belah dan memporak-perandakan PH menjelang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.

Sebaik saja usul percaya itu berjaya dibentangkan, maka disitulah bermulanya PH akan berpecah di mana Pas yang bekerjasama dengan UMNO percaya hanya dengan cara itu mereka lebih mempunyai harapan untuk menumbangkan kerajaan dalam PRU akan datang.

Mesti difahami, Pas hanyalah menyokong Tun Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan ia adalah semata-mata kerana parti itu takut, dengki dan iri hati kepada Anwar yang bakal menjadi pengganti selepas itu.

Walhal, kedudukan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui oleh PH dan tidak perlu campurtangan pihak luar mengenainya.

Selepas usul itu diluluskan dan PH berpecah kerana dengan sendirinya janji peralihan kuasa terbarai,!Pas akan tetap meneruskan kerjasamanya dengan UMNO untuk mengalahkan PH dalam PRU akan datang.

Dalam keadaan PH yang sudah berpecah, sudah tentulah Pas yang bekerjasama dengan UMNO dan BN mempunyai peluang lebih baik memenangi PRU15 nanti.

Maka, adalah teramat bodoh jika PH, khususnya Tun Mahathir terpedaya dengan permainan politik jahat Pas yang berselindung di sebalik agama itu.

Selain itu, tindakan Tun Mahathir mahu menyerahkan kepada Parlimen berhubung perlantikan Perdana Menteri selepasnya dan berterima kasih kepada Pas berkaitan usul undi percaya yang mahu dibentangkannya adalah jelas menunjukkan beliau tidak menghagai sikap baik hati dan tolak ansur Anwar dalam soal peralihan kuasa.

Meskipun sebelum ini telah dijanjikan dengan kata-kata Tun Mahathir akan menyerahkan kuasa kepadanya dalam tempoh dua tahun dan kemudian Perdana Menteri meminta lanjutan enam bulan lagi sehingga Sidang Apec pada November, Anwar secara terbuka telah menunjukkan sedia bertolak ansur dan memenuhi permintaan itu.

Kata Anwar, kalau beliau boleh menunggu selama 20 tahun, apalah sangat dengan tempoh enam bulan itu.

Tetapi, apakah reaksi Tun Mahathir terhadap sikap baik hati Anwar itu?

Beliau bukan saja memberi dalih baru dalam soal peralihan kuasa dengan mengatakan kedudukan Anwar sebagai penggantinya bakal ditentukan oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen, malah mengalu-alukan usul undi percaya Pas yang mahukannya kekal sehingga habis penggal.

Sikap dan perangai Tun Mahathir itu jelas membuktikan beliau mahu memungkiri janji peralihan kuasa dan ingin kekal bertakhta di singgahsana jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Perangai buruk Tun Mahathir itu menunjukkan beliau sudah lupa akan jasa dan pengorbanan Anwar serta keluarganya sehingga beliau dapat diterima baik oleh PH dan seterusnya berjaya beroleh jawatan Perdana Menteri buat kali kedua.

Bolehkah manusia seperti ini terus kita sokong lagi?

-https://shahbudindotcom.net/

.