UNDI PERCAYA KEPADA MAHATHIR POLITIK LUS SKRU PAS

SEKONYONG-KONYONG Pas hendak kemukakan undi percaya kepada Dr Mahathir dalam parlimen pada bulan Mac nan. Begitulah kata timbalan presidennya TUITUMAN (Tuan Ibrahim Tuan Man).

Dan dalam kenyataan terbaru hari ini, katanya Pas akan berbincang rancangan itu dengan Umno malam esok.

Walaupun cadangan Pas itu boleh dilaksanakan, kerana ia ada peruntukan dan ruang dalam peraturan parlimen, tetapi rancangan itu sedikit pandir dan kurang munasabah.

Untuk apa undi percaya kepada Mahathir kerana perdana menteri itu tidak pun memerlukan undi percaya itu. Hari ini Mahathir tidak pun perlu sokongan moral daripada mana-mana pihak kerana sokongan daripada PH sudah memadai.

Terbalik juga bunyi agenda berkenaan. Yang patut mengadakan undi percaya ialah Pakatan Harapan (PH) kerana Mahathir diangkat menjadi PM apabila PH mendapat majoriti dalam parlimen, bukan pembangkang (MN) yang menentang Mahathir sebelum ini.

Jadi apabila Pas khasnya beria-ia untuk membawa usul itu ia pelik dan songsang kalak.

Sebelum ini pembangkang khasnya Pas beriya-iya untuk mengekalkan Mahathir sebagai perdana menteri hingga ke habis penggal. Alasannya kononnya untuk menstabilkan politik negara ekoran perselisihan mengenai tarikh peralihan kuasa. Sebenarnya tidak ada apa-apa perselisihan mengenai hal itu melainkan ia direkacipta oleh pembangkang sendiri.

Isu peralihan kuasa itu, ia tidak ubah seperti cerita Pak Pandir melindungi garam dalam air. Mulanya puas dia melindungi garam itu, di balik pokok, balik pusu dan sebagainya. Tetapi semuanya tidak jadi kerana setiap kali dia melindunginya, dia nampak dimana garam itu diselindungkan. Akhirnya Pak Pandir selindung dalam sungai. Haha..

Nah, begitulah analogi kepada pembangkang yang mereka cipta kononnya Mahathir akan menghadapi undi tidak percaya di dewan. Walhasil apabila undi tidak percaya diharapkan muncul dan ia tidak berlaku maka, dia sendiri hendak membawa usul percaya.

Usul percaya dirancang oleh Tuituman itu tidak perlu. Yang jelas itu hanya alsan sahaja. Motif Pas berbuat begitu satu sahaja kerana tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Dalam erti kata lain mereka menggunakan Mahathir sebagai batu penghalangnya. Cara mereka peralatkan Mahathir itu seolah-olah Mahathir Pandir yang boleh ikut sahaja apa yang mereka kehendaki.

Penolakan kepada Anwar itu tidak pelik kalau ia dilakukan oleh Abdul Hadi Awang secara personal kerana dia ada masalah “pendengaran” dan “kefahaman” dengan Anwar. Tetapi apabila ia terlajak sampai kepada Tuituman sendiri bertindakan demikian ia sedikit menyedihkan.

Sebelum ini orang diluar Pas mengharap perubahan positif dalam Pas berlaku apabila Tuituman mengambil alih Pas. Beliau diharapkan akan perbetulan chassis Pas yang bengkok disebabkan Abdul Hadi Awang banyak terjun lubang dan “rukas” bongok. Tetapi apabila dia juga bertindak mengetok chassis Pas apabila mahu mengusulkan undi percaya kepada Mahathir itu, bertambah beloklah chassis Pas.

Kerja Tuituman itu sia-sia sahaja. Kalau ia bermaksud hendak mengekalkan Mahathir sebagai perdana menteri dan bertujuan menyekat Anwar agar tidak melanggar Mahathir ia sia-sia. Kerja itu seperti orang cuba menambatkan lembu yang sudah berada dalam kandang. Kalau tak tambat pun lembu tetap berada dalam kandang.

Begitu juga dengan kedudukan Mahathir hari ini, dia akan kekal sebagai perdana menteri sehingga sampai tempoh dikonsensuskan. Jadi dia tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana pihak, lebih-lebih lagi daripada parti yang bengkok chassis.

Walaupun ada gerakan dan body language Mahathir menimbulkan kecurigaan beliau akan melaksanakan konsensus tetapi hari ini ia sudah tidak berbangkit lagi. Mahathir sendiri sudah berkali-kali menyatakan beliau akan menunaikan janjinya menyerahkan jawatan kepada Anwar.  Setakat ini walaupun aka kata Mahathir dia masih belum mungkir janji.

Dan Anwar pula menyatakan kesanggupan untuk menunggu “seribu tahun” lagi penyerahan jawatan oleh Mahathir. Katanya, kalau 20 tahun beliau boleh tunggu, kenapa pula sehingga November beliau tidak dapat bersabar? Kenyataan terbaru Anwar berupa kesediaannya telah menutup kebimbangan dan keraguan ramai terhadap Mahathir.

Maka apa yang hendak dibuat oleh Tuituman itu adalah kerja sia-sia yang menandakan betapa pendeknya akal beliau sebagai seorang ahli politik. Dan kalau kerja itu sebagai menyambung lidah Hadi Awang naif sangat uituan sebagai timbalan presiden kerana tidak dapat memberi nasihat yang baik kepada presiden yang sudah pun “lus skru” itu.

Saya yakin 100 peratus usul itu tidak akan dibenarkan oleh Yang diPertuan Dewan untuk dikemukakan.  Kecuali pada ketika usul itu dikemukakan Yang diPertua Dewan hilang kewarasan.

-http://msomelayu.blogspot.com/

.