DR MAHATHIR, ANWAR SEKALI LAGI DIUSIK OLEH ‘ORANG-ORANG’ POLITIK?

PERGOLAKAN politik Malaysia seakan tidak akan berakhir selagi Anwar Ibrahim tidak jadi perdana menteri? Ia macam musim banjir penghujung tahun, laut akan tetap bergelora selagi musim
tenkujuh tidak berakhir. Sepanjang tengkujuh kerap berlaku banjir, bukan sekali, tetapi sampai dua atau tiga kali.

Begitulah dengan suasana politik Malaysia, khasnya dalam menanti pelaksanaan konsensus PH, transisi kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar.

Pertanyaan apakah Anwar akan jadi PM selepas Mahathir terus bergema di sana sini walaupun konsesus sudah ada. Seakan semua orang tidak percaya kepada konsensus berkenaan. Keadaanya macam berkonflik pula kini. Kenapa?

Nampak kedua pihak, khususnya para pegikut masing-masing tidak percaya kepada konsensus berkenaan. Sedihnya masing-masing pula berusaha bukan untuk merealisasikan, tetapi cuba mengagalkannya. Kedua tuan tubuh tidak ada apa-apa masalah, mereka bersedia menerima hakikat yang akan berlaku. Saling mempercayai antara satu sama lain. Secara makrifat politi itu perlu difahami.

Ekoran itu bermacam-macam cerita digarap dan cakap-cakap yang boleh merobekkan konsesus berkenaan kedengaran. Tanpa meletus isu sama ada menusabah atau tidak, terus diperkata dan dijaja ke hulu ke hilir yang ada kadang kala tidak menyenangkan tidur pihak tertentu. Setengahnya sampai mengganggu perasaan Mahathir dan Anwar juga.

Pakatan Nasional.
Terbaru kononnya ada rancangan oleh Umno untuk berpakat dengan Mahathir bagi membentuk kerajaan dominasi Melayu. Kononnya pakatan itu akan berlaku dengan penggabungan tiga buah parti Bersatu, Umno dan Pas dengan didokong beberapa individu daripada PKR serta sokongan politik di Sabah dan Sarawak.

Bermacam-macma teori telah diutarakan untuk melogik pembentukan kerajaan itu. Angka demi angka juga disusun dan didharab kali bagi menampakkan perkara itu “sengoti” (benar). Dan kemuncak kepada cakap-cakap itu ialah apabila agenda itu disuarakan sendiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seperti mana didedahkan oleh Lokman Noor Adam dua tiga hari lepas.

Pendedahan dibuat Lokman itu menjadi siri untuk menganggu dan meresahkan Mahathir dan Anwar point terbaru. Tengkujuh politik negara kini disiram isu perwujudan pakatan baru itu.

Ekoran pendedahan Lokman itu, Umno kini ditimpa kekalutan kerana agenda itu ada pro dan kontra. Walaupun ia tidak disahkan, namun pendedahan itu sudah jadi tembelang pecah yang membusukkan Umno khasnya Zahid Hamidi. Tampak mereka dalam Umno yang marah dengan Mahathir tidak dapat menerimanya. Manakala golong terancam dengan tindakan undang-undang seakan menyetujuinya.

Bagi saya apa dipertuturkan itu hanya gimik semata-mata. Kalau ia benar agenda itu ada, Zahid hanya ingin melepaskan tali jerut di lehernya kini. Tidak salah bagi Zahid yang dikenali sebagai seorang berperangai seperti “Jaafar Kamaruddin”. Dia akan melakukan apa sahaja asalkan dirinya terselamat. Penjara menakutkan bagi mereka yang tidak memiliki keberanian.

Saya tidak mahu menganalisa sejauh mana benar dan tidaknya rancangan Zahid itu. Tetapi apa yang ingin diutarakan untuk direnung bersama, apakah keperluan lebih besar daripada menjaga kepentingan diri Zahid itu dengan pakatan berkenaan. Katakanlah ia benar, pakatan itu untuk memberi ruang kepada Mahathir terus jadi PM sehingga habis penggal seperti mana diimpikan oleh parti agama?

Apakah keperluan dan kebaikan Mahathir terus kekal disitu? Apakah manfaat untuk negara jika Mahathir teus kekal. Apakah tempoh itu ia menjamin Mahathir dapat memulihkan keadana negara yang bermasalah kini. Mauduk ini perlu diketahui dan dibaca sebaik mungkin sebelum mengiyakan dan menyokongnya. Keadaan ekonomi dan kemajuan negara kini lebih bahaya daripada novel Coronovirus yang sedang merebak kini.

Setelah kita mengakui dan bersetuju dengan penyamuan dan penyangakan oleh Najib Razak melalui skandal 1MDB, menyebabkan negara hampir bankrup. Itulah yang diratib oleh Mahathir. Apakah pelan pemulihan daripada bankrup itu sudah dilakukan oleh Mahathir?

Jelasnya setakat ini belum ada, dan pelan dikemukakan hambar. Beberapa projek ekonomi dilancarkan gagal memulihkan keadaan negara yang didakwa tenat itu. Beliau hanya berjaya mencacakkan signboard Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 semata-mata. Hidup ini tidak bererti dengan melihat signboard.

Sepekara lagi, tujuan untuk mengekalkan Mahathir itu jelas bukan untuk menjamin pembangunan ekonomi negara rancak. Ia ada motif tersembunyi tetapi sudah dapat dikesani. Mahathir tidak berkeupayaan untuk membaik pulih Malaysia seperti dulukala lagi. Beliau sudah kehabisan idea ketepuan otak. Mahathir hari ini bukan Mahathir di era Malaysia sebelum 2020. Tahun 2020 adalah era pelaksanaan perubahan dan pembaharuan, reform, islah.

Justeru tujuan itu hanya helah sahaja, tetapi maksud sebenar adalah untuk menghalang Anwar daripada jadi perdana menteri. Itu sahaja. Jelas dan terang. Ia bukan masalah sayangkan negara atau untuk menyelamatkan negara. Kerana itu motif dan tujuan itu berniat jahat dan melupai segala akur janji sebelum ini. Usaha itu bercanggah dengan aspirasi rakyat.

Pergolakan dan deru ombak yang mengacau kerajaan PH kini, saya tidak meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir seratus peratus. Mahathir hanya menerima apa dirancangkan tanpa mengiyakannya. Mahathir kini ibarat orang sakit yang memakan apa sahaja ubat yang disuakan kepadanya. Beliau sendiri saya percaya tahu dan sedar untuk apa dia berada di situ berlama-lamaan. Begitu juga jangan terlalu bimbang dengan apa dihebohkan itu. Mahathir tidak semudah itu untuk menerima pelan dirangkakan oleh orang-orang terdesak seperti Zahid itu.

Dalam hal ini ada beberapa pihak yang menyusun dan menggunakan Mahathir untuk kepentingan mereka. Mereka peralatkan Mahthir bukan untuk negara tetapi untuk kepentingan mereka yang dibuat atas rasa dengki dan benci melmpau kepada Anwar. Mereka ini adalah golongan munafik. Mereka itu adalah golongan desperado politik.

Golongan ini sentiasa ada dalam mana-mana keadaan pun. Golongan inilah yang merugikan masa kerajaan untuk mentadbir negara yang diberi mandat tempoh lima tahun. Mereka juga tidak sabar untuk melihat pilihan raya dengan harapan mereka akan mengambil alih kerajaan. Sepatutnya politik gelojoh tidak sabar ini dihentikan kerana ia merugikan negara dan rakyat.

Siapakah golongan ini? Secara umum ada tiga golongan; pertama mereka secara individu yang bergantung hidup dengan Mahathir. Mencari makan dengan mendapat baksis daripada Mahathir. Kedua, golongan saudagar yang menggunakan kekuasaan Mahathir untuk mereka memiliki  kekayaan, mendapat projek untuk membina empayar kekayaan mereka.

Dan ketiga adalah golongan politik pembangkang. Mereka memasangkan jarum halusnya menghasut dan membodek Mahathir dengan tujuan untuk memecahkan perpaduan kerajaan komponen PH. Gerakan mereka ini nampak ia semacam membawa satu kebenaran, tetapi sebenarnya ia berniat jahat. Mereka adalah oportunuis dan pengkhianat.

Peranan ketiga-tiga golongan ini disedari Mahathir. Saya yakin Mahathir sebagai seorang berfikiran secara praktikal tidak akan mudah tergoda dengan hasutan golongan desperado yang oportunis ini. Kesimpulannya apa yang riuh randah kini hanya satu gimik murahan. Ia tidak lebih merupakan “orang-orang” yang digunakan untuk menakut-nakut burung atau unggas.

Justeru bagi mereka bersifat unggas mudah melenting, menjadi murang dan berdebar dengan melihat gimik “orang-orang” ini. Sementara yang sudah faham politik dan tahu hakikat orang-orang itu pantong hanya tersenyum melihat apa yang dimainkan itu. 

-http://msomelayu.blogspot.com/

.