PELAKSANAAN SEMULA PPSMI, APAKAH DR MAHATHIR LUPA ATAU SENGAJA?

JELAS pengumuman oleh Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan semula Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sebelum ini ditentang pelaksanaannya sehingga dibatalkan pada tahun 2012, menimbulkan pelbagai persoalan bukan sahaja dari kalangan rakyat banyak tetapi kalangan pemimpin PH sendiri.

Tindakan Mahathir itu satu langkah yang boleh menambahkan “kecaca-merbaan” dalam kerajaan PH di samping jadi isu kontroversi dan jadi polemik. Saat masih ada beberapa janji yang belum ditunai serta beberapa polisi baru diperkenalkan masih dipertikaikan, tiba-tiba beliau mahu laksanakan semula PPSMI.

PPSMI bagi Mahathir, tampaknya lebih penting dari beliau mengumumkan tempoh pengundurannya untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim. Sepatutnya beliau peka kepada tempoh konsensus itu daripada meneruskan idea yang boleh menimbulkan masalah.

Daku percaya rakyat menanti pengumuman tarikh itu daripada memutar balik agenda-agenda lapok yang ditentang seperti program PPSMI tersebut.

Ketahuilah, PPSMI itu akan jadi isu yang tidak ubah seperti seekor haiwan pengawal tua yang telah dihalau dari rumah kerana onar atau kesean alzheimer yang melandanya. Haiwan itu telah pun dihalau, dan sepanjang ketiadaanya ia telah mententeramkan keadaan. PPSMI dilaksanakan tahun 2002 era Mahathir jadi PM kemudian dihentikan 2018, era Najib Razak jadi PM. Ironisnya ketika pemberhentian itu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang jadi menteri pendidikan.

Apabila ia dibawa balik ia menimbulkan persoalan dan membimbangkan kerana “haiwan” itu boleh mengganggu kententeraman. Apa lagi ia masih menunjukkan ciri-ciri dan fiil lamanya bahkan alzheimer kian merebak. Apakah Mahathir sebagai gembalanya mampu mengawasi haiwan berkenaan? Ini persoalannya.

Bantahan.
Kurang 48 jam selepas perkara itu diumumkan telah ada suara-suara menentang dan mempertikaikan langkah Mahathir itu. Pemimpin PH sendiri mempertikaikan langkah Mahathir itu dari segi kewajaran dan ketepatan dan keselarian dengan aspirasi kerajaan PH.

Dua pemimpin bertaraf menteri yang awal bersuara, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Saifuddin memberi tahu perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan parti terebut. Ertinya beliau tidak menerima tindakan Mahathir itu yang dibuat tanpa dibincang dari kalangan parti komponen PH amnya dan PKR khususnya. Memang sepatutnya apa-apa isu atau perkara yang besar dan penting perlu dilumati dalam majlis presiden terlebih dahulu. Itu baru boleh dikatakan kerjasama baru.

Sejajar dengan apa disuarakan Saifuddin itu, Presiden Keadilan Anwar Ibrahim ikut mengatakan sewajarnya PSSMI dibincang dalam kabinet terlebih dahulu. Anwar nampaknya tidak mengulas lebih panjang melainkan mahu ia dilumati dalam kabinet bagi mengelakkan timbul salah anggap.

Khalid pula menjelaskan PPSMI belum dibawa dalam mesyuarat kabinet lagi jadi ujarnya tidak timbul soal berani atau tidak untuk berbahas dengan Mahathir mengenai isu berkenaan. Ulasan Khalid itu lebih kepada menjawab keraguan umum kepada menteri kabinet yang dirasakan tidak akan berani untuk berdebat dengan Mahathir mengenai isu tersebut. Kita tunggu dan lihat.

Memang Mahathir tidak ada hak untuk memutus apa-apa hatta sesuatu yang disukainya secara bersendirian kerana kerajaan PH mengamalkan keterbukaan dan mengambil keputusan secara kolektif. Kerajaan PH berbeza dengan kerajaan BN. Itulah perbezaannya, apa lagi semasa BN diuruskan Mahathir beliau banyak membuat keputusan menggunakan kuasa vetonya daripada menerima pandangan kabinet.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim pula mempertikai kenapa perkara penting begitu dibuat tanpa dibincang. Kata Hasan keputusan Mahathir itu mengejutkannya kerana ia dibuat sebaik mengambil alih jawatan Menteri Pendidikan selepas menyuruh Maszlee Malik berhenti. Seperti Mahathir ada motif apabila menekan Maszlee agar berundur kerana beliau ingin laksanakan agenda lapoknya.

Selain itu beberapa pertubuhan dan gerakan sosial dan kesatuan kerja juga ikut sama menyuarakan bantahan atas hasrat Mahathir itu. Ada yang mempertikaikan dimanakah munasabahnya program yang telah ditentang, kemudian dihentikan pelaksanaannya hendak dihidupkan semula. Persatuan Penulis Nasional (Pena) ikut menyuarakan bantahan mereka. Cuma para Sasterawan Negara (SN) sahaja yang belum membuka mulut, mungkin takut terluah RM5,000 yang diterima setiap bulan.

Melihat aksi Mahathir ini, apakah beliau lupa mengenai isu PPSMI itu, yang pernah menjadi isu menyebabkan kerajaan BN sebelum ini dikritik hebat. PPSMI ditentang hangit sebelum ini sampai akhirnya kerajaan BN akur dengan tentangan itu dan menghentikan program itu 2012.

Apakah beliau lupa? Ada kemungkian Mahathir lupa kerana faktor usia. Usia beliau kini bukan 70-an atau 80-an lagi, tetapi sudah mahu rapat ke satu abad. Usianya kini 94 tahun. Vokalnya tidak jelas dan licin seperti dahulu lagi kerap kali tersasau dan blue bele blue bele, bercakap macam orang makan nasi panas.

Atau pun dia masih ingat itu semua tetapi disengajakan? Beliau mahu menguji sejauh mana sikap dan pendirian para menteri kabinetnya. Apakah para menteri yang berarasakan mereka berada di kerusi itu dengan gaji serta elaun puluh ribu berani membantah kehendaknya? Ada kemungkinan, tindakan Mahathir itu untuk menguji sikap kebertanggungjawaban para menterinya. Beliau mahu melihat apakah mereka tegas dengan pendirian dan cita-cita mereka sebelum ini, kerana sebelum ini kebanyakan menteri yang dilantik itu ada penentang PPSMI.

Dalam pada itu semua orang perlu sedar, Mahathir seorang yang berpegang kepada pandangan dan ideanya sendiri. Dia juga seorang yang tidak reti menerima pandangan orang lain. Pertelingkahan beliau dengan beberapa pemimpin Umno sebelum ini seperti Musa HitamTengku Razaleigh Hamzah yang kemudian membawa kepada ketegangan adalah kerana kedegilannya, diktatorship.

Jika Mahathir ingat masalah dihadapi PPSMI itu, tetapi kenapa beliau tetap mahu hendak lanksanakan juga maka ia akan memberi masalah dan naas kepada dirinya sendiri dan juga kerajaan PH. Sudah pasti pelaksanaan itu akan dijadikan isu oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat macam mana PH sebuah kerajaan yang cakap tidak serupa bikin.

Apa-apa masalah dan risiko yang menjelma daripada pelaksanaan itu nanti Mahathir harus bertanggungjawab sepenuhnya dan kerajaan PH bersedialah memikul bencaanya kelak.

Sekiranya beliau sengaja mengutarakan isu berkenaan tidak syak lagi ia adalah untuk menguji sejauh mana pegangan dan pendirian kalangan ahli kabinet kini. Sekiranya mereka akur dengan kehendaknya itu, masih ada beberapa perkara lagi yang beliau akan bertindak sendiri tanpa merujuk kepada kabinet atau pun dibawa ke dalam mesyuarat kabinet. Perkara besar ialah berkaitan dengan tempoh pengundurannya sebagai perdana menteri.

Jika kabinet menerima bulat-bulat apa dibuatnya, beliau akan menggunakan sikap dan pendirian kabinet itu sebagai menyokongnya dan ini memberi peluang kepadanya melaksanakan apa yang diingininya.

Saya lebih melihat tindakannya itu ke arah ini.

Dalam pada itu saya yakin kalau ada bantahan daripada dalam kabinet, Mahathir tidak akan berani meneruskan hasratnya itu. Soalnya apakah anggota kabinet berani untuk membantah kehendak Mahathir itu? Atau mereka selepas ini ramai-ramai akan bercakap mempertahankan kehendak Mahathir itu dengan memberi berbagai alasan dan hujah muluk-muluk bagi menjustifikasikan tindakan mereka itu yang menyokong Mahathir?

-http://msomelayu.blogspot.com/

.