LEMBAGA DISIPLIN PKR TAK BEBAS JIKA TUNDUK KEPADA TEKANAN?

Para penyokong Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka akan mengadakan perhimpunan solidariti di 10 lokasi di seluruh negara hari ini ketika beliau dijangka hadir ke ibu pejabat parti bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin kepadanya.

Pejabat Zuraida memberitahu media bahawa Ahli Parlimen Ampang itu akan hadir pada jam 12.30 tengah hari ini untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Zuraida setakat ini enggan mendedahkan alasan surat tunjuk sebab itu dikeluarkan kepadanya namun memberi gambaran bahawa ia mempunyai kaitan dengan ucapan yang dibuatnya semasa perhimpunan anjuran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Renaissance Hotel bulan lepas.

Pemberitahuan kepada media okeh pejabat Zuraida juga termasuk jemputan untuk liputan perhimpunan solidariti di Kelantan, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Johor dan Negeri Sembilan yang akan diadakan serentak pada jam 1 petang.

Apa makna semua ini?

Bermakna, perhimpunan solidariti di seluruh negara itu adalah anjuran Zuraida sendiri bagi tujuan menunjukkan sokongan yang ada di belakangnya, sambil untuk memberi tekanan kepada Lembaga Disiplin.

Dalam hal ini, sebagaimana yang disebut oleh Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin PKR adalah sebuah badan bebas, maka ia hendaklah berfungsi dengan sebebas-bebasnya.

Berdasarkan pertuduhan dalam surat tunjuk sebab kepada Zuraida, Lembaga Disiplin mesti fokus kepada jawapan yang akan diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan.

Sebarang tekanan atau berapa ramai yang ramai dalam himpunan solidariti anjuran Zuraida tidak harus membuatkan Lembaga Disiplin goyang dalam pendiriannya.

Jika ia goyang dalam pendirian atau tunduk kepada sebarang tekanan dalam membuat keputusan, Lembaga Disiplin akan dilihat tidak lagi bebas dalam peranan serta fungsinya menjaga serta parti dan melindungi institusi presiden daripada sebarang perbuatan yang melanggar disiplin.

Jalan terus!

-https://shahbudindotcom.net/

.