ARROGANT MAT SABU THE NEXT TO GET A KNOCKING FOR HIS HYPOCRISY – SINCE WHEN CAN’T THE PEOPLE DEMAND CLARITY ON SUCCESSION ISSUE? AMBOI ABANG MAT…BUKAN SAJA GAYA DAH BERUBAH, NADA CAKAP PUN DAH BERUBAH SAMA NAMPAKNYA

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa supaya isu peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak terus dimainkan.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu itu jika terus dimainkan boleh mengganggu tugas-tugas kerajaan.

“Isu peralihan kuasa tidak harus terus-menerus dibangkitkan kerana ia akan mengganggu tugas kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Biarlah Majlis Presiden PH yang menentukannya,” kata beliau dalam suatu kenyataan.

Amboii Abang Mat….sejak berjawatan menteri ini bukan saja gaya berpakaian dah berubah, nada percakapan pun dah berubah juga nampaknya?

Sejak bila rakyat, khususnya penyokong PH tidak boleh lagi bersuara tentang peralihan kuasa?

Apa masalah jika rakyat mahu bersuara tentang perkara itu?

Untuk makluman Abang Mat, ramai orang akan terus bersuara menuntut kepastian berkenaan tarikh peralihan kuasa adalah kerana Majlis Presiden PH sehingga ini gagal melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.

Di mana logiknya jika isu peralihan kuasa terus dibangkitkan kononnya akan mengganggu tugas-tugas kerajaan?

Bukankah tugas kerajaan jadi terganggu kerana Majlis Presiden PH sendiri yang gagal berfungsi dalam menetapkan tarikh yang khusus berkenaan peralihan kuasa itu?

Kalau sudah ditetapkan tarikhnya, bukankah semuanya akan selesai dan tugas-tugas kerajaan tidak terganggu lagi?

Apakah yang menyebabkan susah sangat bagi Majlis Presiden PH untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa itu sehingga Abang Mat sendiri tidak mahu lagi isu itu terus dibangkitkan?

Atau ia jadi susah kerana Abang Mat sudah ada jawatan menteri sekarang ini?

Kalau itu alasannya, apakah kerana sudah berjawatan menteri, maka mulut mesti jadi bisu dan lidah sudah jadi kelu untuk menyuarakan sesuatu perkara?

Lagi pula, cuba fikir dengan mendalam, siapakah yang memberi jawatan menteri kepada Abang Mat dan kawan-kawan yang lain dalam kerajaan sekarang – Tun Mahathir atau PH?

Untuk pengetahuan Abang Mat juga, mereka yang membangkitkan isu peralihan kuasa dan mahu ditetapkan tarikhnya bukanlah bercakap di luar kerangka yang sepatutnya.

Mereka bercakap mengenainya kerana Tun Mahathir sendiri sejak awal sudah menyatakan hanya mahu jadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun saja dan selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar sebagai pengganti yang sudah dipersetujui oleh PH sendiri.

Oleh kerana sekarang sudah hampir dua tahun usia PH menjadi kerajaan sejak memenangi PRU14 pada 9 Mei 2018, maka semua orang ingin tahu bilakah tarikh penyerahan kuasa itu akan dilakukan?

Itu saja sebenarnya yang dituntut oleh mereka yang terus bercakap tentang peralihan kuasa.

Takkan itu pun salah, Abang Mat?

https://shahbudindotcom.net/

.