MAHATHIR SHOULD HAVE THE GRACE TO UNDERSTAND NO ONE CAN KEEP GIVING HIM ‘FACE’ AT THE EXPENSE OF MALAYSIA’S FUTURE FOREVER: KALAU SAMPAI DIPAKSA, MAHATHIR JUGA AKAN MALU AKHIRNYA

KUALA LUMPUR , 29/01/2019. Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad (left) together with PPBM vice president Datuk Seri Mukhriz Mahathir (right) at the press conference after chairs the PPBM Supreme Council meeting at Yayasan Selangor Tower. Pix by Malay Mail / Hari Anggara.

Berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan berhubung peralihan kuasa, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini menyarankan agar perkara itu boleh dipaksakan kepada Tun Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula kehilangan sabar berhubung janji penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim.

“Jika Tun Mahathir sedia melepaskan jawatannya dengan rela, proses peralihan akan berjalan dengan sangat lancar,” kata Rafizi seperti dipetik akhbar South China Morning Post.

Bagaimanapun, tambahnya, masalah utama sekarang ialah kerana Tun Mahathir masih tidak menunjukkan komitmen yang jelas ke arah peralihan kuasa itu.

Dari satu sudut, saranan Rafizi ini ternampak suatu tindakan yang agak kasar terhadap seorang Perdana Menteri dan ketua kerajaan, malah dikatakan sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Tetapi jika tiada pilihan, sebenarnya itulah pilihan yang terbaik bagi PH demi kelangsungan masa depannya.

Menghampiri tempoh dua tahun PH menjadi kerajaan, demi kestabilannya, menetapkan tarikh khusus peralihan kuasa adalah sangat perlu pada ketika ini.

Selama ini pun ketidaktentuan berhubung tarikh peralihan kuasa itulah yang telah meretakkan PH dan memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mengambil kesempatan.

Kiranya Tun Mahathir menunjukkan keikhlasan yang tulen dan tidak terus berdolak-dalik berhubung janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, PH tidak akan berdepan dengan banyak masalah seperti sekarang ini.

Ini tidak, walaupun mulut Tun Mahathir selalu berkata “akan menunaikan janji serta saya akan mengotakan janji”, persoalannya kenapakah beliau masih liat menetapkan tarikhnya untuk berundur?

Bukankah sebelum ini Tun Mahathir selalu berkata hasratnya bersama PH hanya untuk menumbangkan BN dan kemudian menyebut, tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri adalah mencukupi baginya untuk memulihkan keadaan negara yang telah dirosakkan oleh Najib Razal?

Bukankah juga, sebelum ini Tun Mahathir beberapa kali melafazkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana sanggup menerimanya dalam PH, meskipun pernah memecat, menganiaya, mengaib dan memenjarakan bekas timbalannya itu?

Apa sudah jadi sekarang, apakah setelah kuasa berada dalam tangan, Tun Mahathir jadi lupa kepada semua pengorbanan dan kemaafan yang pernah Anwar berikan kepadanya?

Dalam hal ini, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas kepada PH dan juga kepada Anwar serta kepada pengundi yang telah memberi kemenangan kepada gabungan itu menjadi kerajaan, beliau tiada pilihan lain selain bersetuju menetapkan tarikhnya berundur demi memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Kelancaran proses peralihan kuasa dengan sendirinya akan menyumbang kepada kestabilan dan keyakinan rakyat kepada PH untuk menjadi kerajaan dengan lebih lama lagi.

Kiranya Tun Mahathir enggan berbuat demikian, bukan saja PH akan terjebak ke dalam kancah perpecahan, bahkan akan memalukan dirinya sebagai seorang negarawan jika pendekatan paksa akhirnya terpaksa diambil untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa.

Sama ada paksaan itu berjaya akan tidak, itu bukanlah soalnya, namun jika sampai ke tahap itu yang berlaku, yang utama menerima kesan buruknya ialah Tun Mahathir.

Paksaan itu akan menjadikan beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang tua yang tamak, sentiasa lapar dengan kuasa, mudah mungkir janji, menikam orang yang pernah menolongnya serta tidak boleh dipercayai sehingga ke akhir hayatnya.

Apakah, dalam perjalanan menuju alam baqa yang bila-bila masa jemputan Malaikat Maut boleh diarahkan Tuhan datang kepadanya, itu yang menjadi pilihan Tun Mahathir?

-https://shahbudindotcom.net/

.