SO WHO BACKSTABBED MASZLEE? MENYAMAKAN DIRINYA DENGAN HANG TUAH, ADAKAH INI BERMAKNA MAZLEE MAHU BERITAHU BELIAU DIARAH BERHENTI KERANA FITNAH? SIAPA PULA HANG JEBAT?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada Ahli baru PPBM, Maszlee Malik pada sidang media di Galeri PPBM Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AQIRA AZEMI, 12 MAC 2018

Seolah-olah terus tidak puas hati dengan arahan Perdana Menteri yang memintanya berhenti, Dr. Mazlee Malik mengibaratkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan baru-baru ini dengan hikayat Hang Tuah yang pernah dihukum oleh Sultan Melaka.

Katanya, sewaktu menerima surat daripada Perdana Menteri itu, beliau kini mengerti perasaan Hang Tuah ketika menerima hukuman.

“Saya waktu terima surat Tun minta saya letak jawatan, waktu itu saya kata: Eh, baru aku faham perasaan Hang Tuah.

“Maksudnya, Hang Tuah tak lihat apa yang berlaku itu, dia lihat selama ini raja bagi dia peluang banyak.

“Kalau raja tak bagi dia peluang, dia tak ada peluang hendak pertahankan Melaka, nak lawan lanun, nak berjasa, kan?” kata Dr. Mazlee dalam sebuah video pendek yang tersebar luas di media sosial.

Dalam video itu, Dr. Maszlee turut mengimbau bagaimana Hang Tuah hanya mengikut saja arahan raja ketika dihukum, sebelum diselamatkan oleh Bendahara.

“Sampai waktu, bila berlaku Jebat mengamuk, raja kata….eh kalau ada Hang Tuah dan Bendahara cari Hang Tuah,” katanya lagi.

Dengan mengumpamakan kesnya diarah meletak jawatan oleh Tun Mahathir semacam peristiwa Hang Tuah yang dihukum oleh Sultan Melaka, walaupun setuju menerima hukuman itu, adakah Dr. Mazlee membayangkan ada unsur fitnah dalam pemecatannya iaitu sama seperti Hang Tuah yang difitnah bermukah dengan dayang Sultan?

Siapakah yang dimaksudkan Dr. Mazlee telah menabur racun fitnah kepada Tun Mahathir sehingga Perdana Menteri mengurus surat 17 perenggan kepadanya?

Adakah ia orang politik dalam PH sendiri atau taikun-taikun tertentu yang rapat dengan Tun Mahathir?

Seterusnya, apabila Dr. Mazlee juga mengimbau peristiwa Hang Jebat mengamuk yang kemudian menyebabkan Sultan Melaka menyesal menghukumnya, lalu Bendahara akhirnya mengeluarkan Hang Tuah yang sebelum itu hanya disembunyikan, gambarannya ialah bekas Menteri Pendidikan itu tidak akan bersara daripada dunia politik.

Beliau membayangkan akan kembali semula segagah Hang Tuah selepas berlakunya peristiwa “Hang Jebat mengamuk” suatu hari nanti.

Siapakah watak Hang Jebat dalam PH yang akan mengamuk itu nanti?

Dan siapa pula Bendahara yang menyelamatkan nyawa Dr. Mazlee ini?

Benar-benar gagahkah Dr. Mazlee dalam dunia politik sehingga membayangkan beliau suatu hari nanti akan muncul seperti Hang Tuah yang mampu “membunuh” Hang Jebat?

-https://shahbudindotcom.net/

.