‘TUN M ANGKUH & BERSIFAT DIKTATOR’

2. Saya sudah jangkakan dalam kenyataan saya sebaik PRK Tg Piai bahawa Tun Mahathir tidak akan berubah dan mengambil iktibar sewajarnya. Semalam ternyata benar dengan kenyataan angkuh beliau itu.

3. Tiada langsung sikap tawadhuk dan humility dalam menerima kekalahan paling buruk dan mesej paling jelas daripada rakyat biasa. Yang kita lihat adalah sikap keangkuhan dan kedegilan, menepati ciri2 seorang yang sudah lama berkuasa dan gila kepada kuasa.

4. Rombakan kabinet hanya satu muslihat untuk kelemahan diri sendiri yang jelas dipamerkan oleh undi rakyat di Tg Piai. Kemarahan rakyat memang kepada jentera kerajaan seluruhnya tetapi bukankah Perdana Mentera sendiri ketua jentera dan kerajaan itu?

5. Alasan Sidang APEC November juga satu muslihat mencari ruang terus berkuasa. Ya APEC penting tetapi lebih penting adalah kelangsungan hidup rakyat biasa sekarang yang amat susah dan dipamerkan dengan jelas di TgPiai. Tumpuan paling utama beberapa minggu mendatang ini ialah selesaikan keresahan rakyat ini bukan cerita APEC yang hampir satu tahun dari sekarang!

6. Insaflah Tun. Insaflah mesej dari Allah dengan satu peristiwa luarbiasa dari penghujung benua dan sebagai seorang yang dipenghujung usia Tun seharusnya mengambil mesej dan sikap yang betul. Jangan ikut perangai Firaun yang semakin lama berkuasa semakin angkuh dan gila kepada kuasa.

7. Jangan dengar pemimpin2 desperado sekeliling Tun yang kepentingan mereka hanya mahu selamatkan diri mereka yang sudah hilang maruah dan legitimasi dengan kes jenayah songsang, rasuah dan kelompok elit yang hanya mahu menjaga harta mereka seperi Qarun yang tidak langsung ada rasa tanggungjawab kepada rakyat yang susah dibawah ini.

8. Dan para menteri kabinet lain yang masih bersih dan punya integriti, bangkitlah nyatakan yang benar. Jangan jadi seperti menteri dan bekas menteri desperado yang hanya mengampu dan membodek. Kamu bantai keras kabinet dulu yang membisu dan sekarang kamu berperangai sama?! Jawatan menteri mengubah jiwa panglima kepada jiwa bacul?

9. Saya alu2kan kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang menyatakan dengan jelas keperluan reaksi drastik daripada pemerintah terhadap keputusan luarbiasa rakyat diTg Piai. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada beliau sebagaimana Allah memberinya kekuatan dalam kabinet dahulu untuk menyatakan hak demi rakyat dan negara.

Mohamad Ezam Mohd Nor

-https://shahbudindotcom.net/

.