PEJA TERBUKTI MASIH TEBAL DNA UMNO, PERBUATANNYA UMPAMA MENGUTUK ISTERI SENDIRI DI DEPAN AWEK BARU

“Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita.

“Saya buat itu pelan-pelan tapi Alhamdulillah kawan-kawan UMNO kat sana tak adalah marah-marah saya macam ni”.

Di atas adalah kata-kata yang diucapkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam sebuah rakaman video ketika berkempen di Tanjung Piai bersama calon PH, Haji Karmaine Sardini di hadapan sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong BN.

Ahmad Faizal atau Peja adalah satu-satunya Adun Bersatu di Perak yang menang dalam PRU14 lalu iaitu di Cenderiang dengan majoriti 39 undi berbanding DAP 18 kerusi, PKR 6 dan Amanah 4 kerusi.

Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar yang turut disokong oleh dua Adun UMNO yang melompat parti tentunya kerana parti-parti lain dalam PH menghormati persefahaman sesama sendiri, walaupun Bersatu hanya menang satu kerusi saja.

Maka, apabila Peja mengatakan beliau seorang diri terkontang-kanting berlawan dengan puak-puak DAP untuk mempertahankan tanah orang Melayu dan kedudukan agama Islam di Perak, beberapa persoalan segera timbul daripadanya.

Apakah perbuatan DAP yang cuba menggugat tanah orang Melayu dan kedudukan agama Islam di negari Perak sejak 18 bulan lalu?

Bolehkah beliau memberi contohnya?

Dalam hal ini, Peja mesti bertanggungjawab menyenarai atau memberi contoh apakah perbuatan DAP tersebut sehingga beliau terlihat begitu lancar saja mulutnya malafazkan kata-kata sedemikian rupa.

Jika beliau gagal berbuat demikian bermakna Peja telah berbohong dan secara sedar sudah memburuk-burukkan DAP sebagai rakan sendiri yang turut menyokongnya sebagai Menteri Besar sebelum ini.

Selain itu, dengan mengatakan beliau seorang diri terkontang-kanting di Perak, apakah ia juga bermaksud Adun Melayu PKR dan Amanah turut bersubahat dengan DAP atau tidak berperanan dalam hal berkaitan tanah orang Melayu dan kedudukan agama Islam?

Apa yang nyata, lafaz-lafaz kata Peja yang turut disertai dengan pengakuan bahawa bellau tidak duduk bersama menteri-menteri PH ketika hari penamaan calon Tanjung Piai yang lalu, sebaliknya selesa bersama rakan-rakan UMNO, jelas menunjukkan DNA UMNO masih tebal dalam dirinya.

Peja harus sedar siapa dirinya dan atas platform apa beliau dapat jadi Menteri Besar, walhal kalau ikut kelayakan dan kewibawaan, tahapnya mungkin sekadar jadi pegawai khas macam sebelum ini saja yang sesuai buatnya.

Dalam PH, tidak seharusnya ada pemimpin seperti beliau yang bukan saja masih tebal DNA UMNO, tetapi tergamak mengutuk rakan sendiri.

Untuk itu, kelakuan beliau bukan saja harus dikecam, bahkan mesti dibawa kepada Majlis Presiden PH untuk tindakan seterusnya, termasuk menggugur dan menggantikannya dengan pemimpin lain menerajui negeri Perak.

Dalam aspek yang lain, kalau pun Peja melafazkan kata-kata mengutuk DAP itu untuk tujuan mendapatkan undi daripada penyokong BN bagi Haji Karmaine, ia turut merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral serta tidak beretika.

Ia umpama beliau memburuk-burukkan isteri sendiri di hadapan awek yang mahu digoda dan dihajati untuk ditidurinya.

Apakah isterinya tidak melenting jika perbuatannya itu terdedah dan diketahui isterinya sendiri?

-https://shahbudindotcom.net/

.