BUKAN ANWAR TIDAK BERJIWA BESAR, TAPI ZURAIDAH YANG BERJIWA KECIL

Anwar Ibrahim, founder and president of the People's Justice Party, speaks during a Bloomberg Television interview in Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, on Wednesday, Sept. 18, 2019. Anwar, who cut a deal to become the country's next prime minister ahead of last year’s election, said he should take power around May 2020. Photographer: Ian Teh/Bloomberg

Walaupun Anwar Ibrahim telah menyatakan agar hadir mesyuarat PKR, tetapi Zuraidah Kamaruddin – tak reti bahasa agaknya – terus juga mendesak untuk agar Presiden PKR itu sedia bertemu dengan pihaknya secara berasingan untuk mesyuarat perdamaian.

Katanya, Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 perlu berjiwa besar dalam hal ini.

“Kita nak bertemu dengan Anwar dalam mesyuarat rekonsiliasi dan saya ingat Perdana Menteri ke-8 kena berjiwa besarlah,” katanya lagi.

Benarkah Anwar tidak berjiwa besar?

Bolehkah Anwar dikata tidak berjiwa besar hanya kerana menolak mesyuarat rekonsilasi yang dituntut Zuraidah, sebaliknya mahukan beliau, Azmin Ali dan lain-lain hadir mesyuarat PKR?

Dalam hal ini, sebenarnya bukan bermakna Anwar tidak berjiwa besar apabila menolak bertemu dalam mesyuarat berasingan sebagaimana yang dituntut oleh Zuraidah dan Geng Kartel dalam parti itu.

Harus difahami Anwar selaku Presiden PKR adalah menjaga keseluruhan parti dan bukannya puak-puak tertentu saja.

Jika dimulakan melayan apa yang dituntut Zuraidah, sedangkan mesyuarat PKR beliau tak mahu hadir juga, ia adalah duluan yang buruk kepada parti di mana selepas ini mungkin semua orang akan menuntut mesyuarat berasingan juga apabila timbul apa-apa masalah.

Akhirnya ia tentu saja akan menyebabkan mesyuarat MPP dan Biro Politik hilang fungsinya.

Isunya di sini ialah kenapa Zuraidah dan yang lain-lain masih enggan hadir mesyuarat PKR sebagaimana diminta oleh Anwar?

Bukankah mesyuarat MPP PKR dan Biro Politik adalah medan terbaik membincangkan apa juga masalah berkaitan parti?

Yang nyata, dengan keengganan Zuraidah hadir mesyuarat PKR, tetapi tak habis-habis menuntut pertemuan berasingan dengan Anwar, beliaulah yang sebenarnya memiliki jiwa yang kecil.

Jika melalui media macam-macam berani dikatanya mengenai Anwar, mengapa tidak berjiwa besar untuk bercakap secara berdepan dalam mesyuarat?

Ya…Zuraidah memang berjiwa kecil, cuma ego dan kepalanya masih besar tanpa menyedari siapa dirinya dalam PKR berbanding Anwar.

– https://shahbudindotcom.net/

.