BENARKAH PH JUGA NAK BUAT HIMPUNAN MELAYU?

Tersebar meluas di media sosial tentang suatu perhimpunan Melayu yang dikatakan bakal diadakan pada Oktober depan.

Perhimpunan yang dinamakan Kongres Maruah Melayu itu diberitakan akan diadakan pada 6 Oktober 2019 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ia dikatakan anjuran sebuah NGO, tetapi penggerak di belakang tabirnya ialah beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah melompat menyertai Bersatu.

Difahamkan juga kongres ini adalah susulan atau sebagai tindak balas terhadap himpunan penyatuan Melayu anjuran UMNO dan Pas, baru-baru ini.

Tun Mahathir Mohamad dinamakan sebagai tetamu kehormat serta akan menyampaikan amanat dalam kongres tersebut.

Benarkah semua ini?

Jika benar, perlukah Tun Mahathir selaku Pengerusi PH terlibat menyampaikan amanatnya?

Apakah sebagai kerajaan, PH perlu terlibat dalam perhimpunan seperti ini?

– https://shahbudindotcom.net/

.