KENAPA PAS MASIH ‘JUAL’ NAMA NIK AZIZ, MENGAPA TIDAK GUNA NAMA HADI AWANG SAJA?

Pas nampaknya masih tidak ada keyakinan bahawa tindakannya menjalin kerjasama dengan UMNO benar-benar mendapat sokongan ahli akar umbinya.

Sebab itu Pas tidak ada pilihan selain terpaksa menggunakan nama Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan tindakannya itu.

Pas sedar nama Nik Aziz bukan saja masih kuat dalam pemikiran sebahagian besar ahli-ahlinya, maka nama beliau terus digunakan untuk kepentingan politik semasanya biar pun mereka tahu bekas Musyidul Am itu begitu kuat menentang sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman dengan UMNO semasa hayatnya.

Disebabkan pendirian teguhnya itulah beliau kekal disanjung dan dihormati sehingga ke akhirnya hayatnya oleh ahli-ahli Pas.

Suatu ketika, sewaktu masih hidup apabila ditanya tentang bekerjasama dengan UMNO, Nik Aziz pernah berkata, beliau akan meludah jika ada orang yang memberi cadangan sedemikian kepadanya.

Sejak itu, tidak ada sesiapa lagi dalam Pas yang berani bercakap atau memberi cadangan untuk berbaik-baik dengan UMNO.

Tetapi kini, pastinya kerana Pas perlu meyakinkan ahli-ahli bawahannya, nama Nik Aziz terpaksa dipergunakan, biar pun ia ternyata amat bertentangan dengan pendirian semasa hidupnya.

Hendak menggunakan nama Nik Abduh sebagai anak Nik Aziz untuk tujuan itu takut ianya tidak laku dan dibimbangi menjadi bahan ejekan ramai, nampaknya terpaksalah Tuan Ibrahim Tuan Man selaku anak saudara arwah dijadikan sandaran baru.

Kesian….

Tindakan Tuan Ibrahim “menjual” nama Nik Aziz dengan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian semasa hidupnya jelas adalah tindakan tidak beretika dan paling tidak bermaruah sekali.

Hakikatnya, meskipun sebagai anak saudara, Nik Aziz yang sudah meninggal dunia sudah tidak mampu lagi mempertahan diri atau menjelaskan tentang sesuatu berkenaan dirinya.

Kenapa nama baik Nik Aziz cuba dijual murah dan dirosakkan dengan kuasa dunia yang begitu murah?

Bukankah lebih wajar nama Nik Aziz diperkatakan dengan sesuatu yang selari dengan pendirian sewaktu hidupnya?

Dalam hal, mengapa tidak “dijual” saja nama Hadi Awang selaku Presiden Pas yang masih hidup untuk mewajarkan tindakan parti itu bekerjasama dengan UMNO sekarang?

Mengapa mesti nama Nik Aziz yang sudah meninggal dunia terus dipergunakan?

Adakah nama Hadi Awang tidak cukup kuat dan ilmu agamanya tidak cukup tinggi berbanding Nik Aziz?

Soalnya, benarkah jika Nik Aziz masih hidup, beliau akan menyokong usaha bekerjasama dengan UMNO ini?

Atau mungkinkah Tuan Ibrahim adalah orang pertama akan kena ludah dengan Nik Aziz?

– https://shahbudindotcom.net/

.