GUBAL AKTA PERSENDA JALUR GEMILANG – AZIZ

MEMANDANG sikap setengah warga negara ini yang lemah ilmu sivik dan golongan cenderong politik pula suka memainkan isu remeh temeh (tetapi memberi impak tertentu, boleh mencetuskan kontroversi) seperti mana isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik, elok kalau kerajaan mengambil kira cadangan dikemukkaan oleh Exco Perak Dr Ab Aziz Bari agar diwujudkan akta khas berkaitan tatcara pemasangan bendera kebangsaan.

Menurut Abd Aziz, akta yang dicadang itu boleh menjelaskan mengenai kaedah pemasangan bendera, termasuk bentuk, warna dan cara-cara memasangnya dan juga tindakan atau hukuman dikenakan ke atas pelakunya.

Menurutnya hari ini belum ada akta khusus yang boleh dikenakan kepada mereka melakukan pembiadapan ke atas Jalur Gemilang, yang mana jika berlaku perbuatan itu ia tidak boleh dikenakan tindakan.

Beliau membuat cadangan itu sebagai menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang disalah dipetik (bertujuan untuk memburuk-burukkanya), kononnya kejadian pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik atau songsang bukan satu penderhakaan kepada negara dan hanya perkara remeh temeh.

Kenyataan beliau itu dikelirukan yang menggambarkan dirinya sebagai tidak patriotik. Apa yang beliau cuba huraikan dalam kenyataan yang disalah petik itu, perbuatan itu tidak boleh dikenakan tindakan, kerana belum ada sebarang akta, bukannya bererti ia bukan penderhakaan.

Kata Aziz kenyataan beliau itu disalah petik serta sengaja dipesongkan sehingga menggambarkan seolah-olah baginya pemasangan bendara terbalik itu bukan satu kesalahan dan tidak pun perlu diberi perhatian.

Justeru dalam kenyataan mengjelaskan kenyataan itu beliau mencadangkan agar satu akta khas berhubung hal itu digubal.

Menjelas lanjut mengenai cadangan itu dalam satu sidang media khas di Ipoh hari ini, Abd Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak dipetik berkata ketika menggubal akta itu parlimen boleh menerangkan apa warna, bagaimana nak pasang dan tindakn-tindakan yang boleh dijenayahkan seperti provokasi, biadap dan sebagainya.

Secara lebih meluas menurutnya yang juga pakar perlembagaan penggubalan akta itu hendaklah juga dibincang dengan kerajaan negeri yang masing-masing mempunyai bendera rasmi sendiri. Mungkin juga kalau boleh ditambahkan bidang kuasa akta itu bukan sahaja terhadap Jalur Gemilang tetapi bendera atau panji-panji lain juga seperti PDRM, ATM, Batang Tubuh Sultan dan sebagainya.

Walaupun pewujudan akta itu bukan hal terdesak dan tidak perlu jika warga negara ini dapat disivikkan, tetapi ia suatu yang perlu disegerakan memandangkan sikap sesetengah rakyat negara ini yang sanggup melakukan apa sahaja khasnya untuk kepentingan politik oleh kalangan yang moral politiknya rendah.

Mungkin sikap liar dan rakus suka menimbulkan hal remeh termeh tidak memikirkan keperluan dan kemunasabahannya tetapi boleh menjejaskan maruah negara ia galak dan berani dimainkan kerana tidak ada undang-undang membatasinya.

Dengan adanya akta itu nanti mana-mana pesalah berkaitan pemasangan bendera itu boleh dikenakan tindakan. Perwujudan akta itu juga menunjukkan kita mengambil berat kepada maruah negara dan mengawal penghormatan kepada negara.

Keperluan akta itu adalah untuk membendung jenayah vandalisme itu tidak merebak lebih jauh bukan sahaja mempersendakan Jalur Gemilang tetapi ia boleh sampai ke peringkat memijak dan membakarnya di masa akan datang.

Cadangan Abd Aziz itu sesuatu jalan keluar kepada permasalahan yang berlaku kini berhubung penghormatan warga negara kepada panji nasional negara itu. Molek kalau pada sesi parlimen akan datang dibentangkan rang undang-undang perwujudan akta berkenaan.

– http://msomelayu.blogspot.com

.