EMPAT NASIHAT UNTUK AZMIN

Setelah saya membaca dan meneliti juga mengamati kenyataan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan sokongan terhadap pendirian Presiden PAS sebagai alasan untuk memulihkan ekonomi sangat tidak munasabah dan melampau.

Saya sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat serta pendokong utama gerakan Reformasi ingin menyarankan serta menasihati YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil langkah-langkah yang berikut;

1. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu berehat serta menerima rawatan khusus kerana kelihatan kurang sihat serta tidak mampu berfikir secara waras.

2. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu melepaskan semua jawatan di peringkat kerajaan dan parti.

3. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui tidak mampu memikul tugas serta tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi bila memperakui hanya kerjasama dengan PAS dapat memperkukuh ekonomi Malaysia.

4. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk memikul tugas Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Sekian.

Hj Mohd Yahya bin Hj Mat Sahri

Ketua Cabang Parti Keadilan Tanjung Karang/ Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tanjung Karang

29 Julai 2019 ( Isnin)

Kongsikan artikel ini

– https://shahbudindotcom.net/

.