DISKUSI ANWAR PM KE-8 BAKAL MENJELAJAH KE SELURUH NEGARA

Dalam diskusi buku “Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati” yang diadakan semalam, turut dilancarkan ialah pragram jelajahnya ke seluruh negara selepas ini.

Pelancaran program jelajah itu dilakukan oleh Naib Canselor UNISEL merangkap CEO Institut Darul Ehsan, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dengan disaksikan oleh A Kadir Jasin dan Akhbar Satar di penghujung majlis sebelum sessi diskusi.

Usaha mengadakan jelajah ke seluruh negara ini bertujuan memberi lebih kefahaman kepada rakyat di seluruh agar terus mengekalkan pelan peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dijanjikan.

Penekanan ke arah itu bagi memastikan PH tidak berpecah, kerajaan terus stabil serta nama Tun Mahathir sebagai negarawan kekal terpelihara untuk selama-lamanya.

Adalah diharapkan dengan rakyat diberi kefahaman mengenai peralihan kuasa itu, tidak timbul lagi sebarang masalah yang boleh merencatkan berlakunya peralihan kuasa itu.

Nantikan maklumat selanjutnya untuk program jelajah ke negeri-negeri itu dalam waktu terdekat ini.

– https://shahbudindotcom.net

.