ADAKAH KU LI MASIH BERANGAN NAK JADI PM?

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, isu pengganti kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bukanlah suatu perkara yang sukar untuk diselesaikan.

Kata beliau, isu tersebut sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah dengan menyerahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menentukan calon yang layak menjadi Perdana Menteri mengikut budi bicara baginda seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila selesai masalah ini, rakyat boleh diberikan tumpuan oleh kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam negara,” ujar beliau.

Ehh…ehh…kenapa tiba-tiba Ku Li mengeluarkan pendapat seperti ini?

Mengapa mesti soal pengganti Tun Mahathir perlu diserahkan kepada Agong untuk membuat penentuan?

Bukankah ini adalah perkara yang boleh diputuskan oleh PH, sama seperti pertukaran Perdana Menteri yang berlaku dalam BN sebelum ini?

Adakah ketika Tun Abdullah Badawi menggantikan Tun Mahathir pada 2003 dulu ia diputuskan oleh Agong?

Begitu juga, adakah ketika Najib Razak menjadi pengganti Tun Abdullah Badawi pada 2009, ia juga ditentukan oleh Agong?

Jika Pak Lah dan Najib menjadi Perdana Menteri melalui pilihan yang dibuat oleh parti sebagai pemegang majoriti, mengapa pula ketika ini ia perlu diserahkan kepada Agong membuat pilihan?

Apa bezanya antara BN dengan PH?

Kenapa tidak diberi hak kepada PH membuat penentuan, tambahan lagi PH sudah pun membuat ketetapan bahawa Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir?

Untuk apa orang kalah dan sudah menjadi pembangkang seperti Ku Li masih mahu sibuk-sibuk dalam urusan yang bukan ada kaitan dengannya?

Atau Ku Li barangkali berharap dengan saranan ini beliau akan dipilih oleh Agong untuk menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir kerana beliau adalah berketurunan Raja?

Itukah yang sebenarnya Ku Li harap-harapkan?

Tapi, jika benar Ku Li masih berharap untuk menjadi Perdana Menteri, sedarkah bellau berapa ramai Ahli Parlimen – baik daripada BN mahu pun PH – yang ada di belakang dan sedia menyokongnya?

– https://shahbudindotcom.net/

.