EZAM SANGGAH TUN MAHATHIR

1. Kami menghormati pandangan PM berhubung perpaduan melayu dan parti politik melayu.

2. Namun pada hemat kami masalah utama melayu bukan kerana banyak parti politik atau orang melayu tidak pandai berpolitik seperti yang disarankan oleh PM.

3. Kami percaya masalah utama orang melayu dan negara ini ialah kerana ramai pemimpinnya terutama pemimpin melayu yang korup, salah guna kuasa dan khianat mencuri khazanah negara.

4. PM sendiri pernah mengakui hakikat ini dan kebangkitan beliau berjuang setelah lama meningalkan politik negara adalah kerana sebab ini. PM dan pentadbiran pada masa itu bergelumang dengan rasuah dan pecah amanah khususnya dalam skandal terbesar skala dunia 1MDB.

5. Kami sejak awal mendokong dan mempertahankan PM kerana kami percaya beliau melihat masalah negara ini dengan jelas dan bekerja keras cuba memperbetulkannya.

6. Kami berharap beliau tidak berganjak dan tetap fokus kepada usaha memperbaiki negara ini dan meletakkan agenda melawan rasuah dan perasuah terutamanya perasuah2 besar dikalangan pemimpin politik sebagai fokus utama kerana disitulah sebenarnnya letak punca masalah negara ini.

7. Kami akan meneruskan cita2 kami menubuhkan sebuah parti yang fokus terhadap isu rasuah, mempertahankan khazanah negara dari rompakan pemimpin korup dan kotor dan membina warga Malaysia yang meletakkan rasuah sebagai musuh no 1 negara menuju sebuah negara yang benar2 anti rasuah dan perasuah.

8. Kami juga akan terus memerangi pemimpin2 politik perasuah ini yang bukan sahaja telah melakukan rasuah tetapi berlindung disebalik nama agama dan bangsa untuk menutup perbuatan keji rasuah mereka.

9. Sudah menjadi trend dinegara ini sekarang dimana perasuah2 negara yang kotor ini menjadi bersih atas nama perpaduan agama dan bangsa. Kononnya demi perpaduan bangsa maka dihentikan sengketa dan lupakan segala perbuatan keji rasuah dan mencuri harta rakyat dan negara.

10. Kita akui memang menghadapi masalah perpaduan.Tetapi ianya tidak parah dan bukan masalah utama. Rakyat Malaysia masih hidup rukun damai.Yang bertempik kuat soal perpecahan ialah pemimpin2 politik terutamanya yang sudah kenyang anak pinak, kroni menyamun duit negara dan sekarang muncul menjadi wira atas nama agama dan bangsa. Dan lebih malang ramai juga rakyat yang tolol terpedaya dengan muslihat ini.

11. Ini cabaran terbesar negara hari ini dan kalau kita masih terjerumus dengan soal kaum, soal bangsa yang sempit dan menutup mata dan telinga kita kepada soal paling besar yakni rasuah dan harta negara yang dicuri pemimpin sendiri, kita akan dikenang zaman berzaman sebagai bangsa paling bodoh di dunia ini.

12. Kita tidak dilihat bodoh dengan banyak parti. Kita akan dilihat bodoh dan rosak dengan ramainya pemimpin yang rasuah. Dan kita akan dilihat lebih bodoh apabila pemimpin rasuah yang ramai ini lepas bebas atas nama perpaduan agama dan bangsa.

Mohamad Ezam Mohd Nor

9 Julai 2019/ 6 Zulkaedah 1440H

Presiden (penaja)

Parti Negara.

– https://shahbudindotcom.net

.