BAIKKK PUNYA BODEK!! ADA APA-APA KE?

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini berada di Felda Selancar 3, Rompin untuk merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2019.

Turut hadir ialah Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab terhadap Felda serta beberapa kenamaan lain, termasuk Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Tetapi, yang paling menarik tentunya tentang bagaimana cara Azmin menyambut dan melayan kedatangan Tun Mahathir ke program tersebut.

Tidak saja cara tulisannya di laman Twitter yang dilihat begitu menonjol membodek Tun Mahathir, malah bellau juga dilihat sanggup menjadi “driver” kepada Perdana Menteri.

Pernahkah sebelum ini Azmin memberi layanan seistimewa begini kepada Tun Mahathir?

Ada apa-apa ke ni Min?

– https://shahbudindotcom.net

.