SAYA AKAN BUAT RAYUAN – HAZIQ

Saya hormat keputusan yang telah dibuat oleh parti namun saya akan membuat rayuan berkenaan dengan pemecatan keanggotaan saya.

Saya dihukum hanya kerana saya menggesa pihak SPRM menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi yang dilemparkan terhadap DS Azmin Ali.

Bukannya saya menuduh DS Azmin Ali korup tanpa bukti. Saya hanya menggesa supaya disiasat tuduhan-tuduhan tersebut kerana rakyat berhak mengetahui perkara yang benar.

Namun demikian, saya sentiasa hormat dengan prosedur yang diambil oleh parti sebelum menjatuhkan hukum, kerana saya yakin Parti Keadilan adalah parti yang mengamalkan prinsip “Rule of Law” dan fair hearing.

HAZIQ AZIZ

Bekas Ketua AMK Santubong, Sarawak.

– https://shahbudindotcom.net/

.